window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan

Faisal · Apr 28, 2022 03:00 PM

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan 01

  • Kumpulan CMH dilantik sebagai pengedar untuk Proton
  • Jualan akan bermula dengan Proton X50, X70 dan Saga.
  • Jualan eksport meningkat sebanyak 175% untuk suku pertama tahun 2022

Proton Holdings Berhad baru-baru ini telah melantik CMH Group sebagai pengedar kenderaan Proton di Afrika Selatan. Penandatanganan yang dibuat secara maya ini akan memulakan proses penghantaran pertama kenderaan Proton (CBU) yang bakal dijual bermula September nanti.

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan 02

Ia akan dimulakan dengan Proton X50 dan Proton X70, kemudian barulah Proton Saga. Bagi anda yang belum tahu, jualan Saga di sana sebelum ini berakhir pada tahun 2012.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan 01

Dengan adanya prospek di Arfika Selatan sekarang, Proton meramalkan jualan yang kukuh buat tahun 2022. Malah untuk tahun 2023, mereka menyasarkan volum yang lebih daripada dua kali ganda. Untuk suku pertama tahun ini, jualan eksport Proton meningkat sehingga 175% berbanding tempoh yang sama pada 2021. Perkara ini ternyata selari dengan sasaran Proton yang hendak meningkatkan eksport lebih daripada 300% menjelang akhir tahun ini.

Jenama dan model SUV meningkatkan jualan eksport

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan 02

Pada tahun lepas, jualan kenderaan Proton di luar negara mencecah 3,018 kenderaan, iaitu lebih dua kali ganda daripada 1,508 unit yang dieksport pada tahun 2020. Untuk tahun 2022, Jabatan Jualan Antarabangsa Proton menyasarkan peningkatan jualan eksport sehingga 10,000 unit.

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan 03

Sebelum kembalinya ke Afrika Selatan, Proton telah mengeksport kereta ke 13 buah negara.

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan 04

Dari segi eksport kenderaan Malaysia, prestasi Proton cukup baik. Ia bermula dengan 12.8% daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2019, meningkat kepada 30.2% pada tahun 2020 dan mencecah 60.9% pada tahun 2021. Pencapaian sebegini meletakkan Proton sebagai peneraju pengeksport kenderaan di Malaysia.

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan 05

“Matlamat jangka panjang Proton untuk jualan tempatan memerlukan industri eksport kerana TIV di Malaysia dijangka tidak banyak berubah. Justeru itu, kami sedang mengeksploitasi kekuatan produk baharu kami, jenama kami dan juga hubungan Malaysia dengan negara lain untuk bertapak di pasaran baharu.” kata Steven Xu, Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Proton.

Proton kembali di pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun: X50, X70 & Saga akan pacu jualan 06

Kejayaan jualan Proton X50 dan Proton X70 yang dinikmati di Malaysia turut akan direplikasi di pasaran lain supaya dapat mengukuhkan lagi jenama syarikat dan membuka jalan kepada lebih banyak model untuk dieksport.

Juga bacaLaku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda