window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton kini No.6 di Asia Tenggara, sasar sebagai jenama 'Top 3' di rantau menjelang 2027

Faisal · Feb 2, 2023 12:00 PM

Proton kini No.6 di Asia Tenggara, sasar sebagai jenama 'Top 3' di rantau menjelang 2027 01

Sewaktu Geely mengambil alih 49.9% daripada Proton, mereka berhasrat untuk menjadi jenama ketiga terbesar di Asia Tenggara. Bagi anda yang belum tahu, rantau kita terdiri daripada 10 negara.

5 tahun beransur, Proton berjaya mengakhiri tahun 2022 dengan jualan sebanyak 141,432 unit, sekaligus memegang 19.6% bahagian pasaran di Malaysia. Kalau anda nak tahu, sasaran Proton untuk 2027 adalah jualan yang mencecah 400,000 unit.

Sebagai konteks, Perodua tahun lepas menjual 282,019 unit, hampir dua kali ganda jualan Proton. Bahagian pasaran mereka pula mencecah 39.1%.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton kini No.6 di Asia Tenggara, sasar sebagai jenama 'Top 3' di rantau menjelang 2027 01

Walaupun dengan sedikit kelewatan, Proton yakin bahawa mereka akan mencapai sasaran tahun 2027 tersebut. Perkara ini boleh dicapai melalui produk baharu yang merangkumi trenkuasa baru. Ia secara tidak langsung melibatkan model seperti Proton Persona, Iriz dan Exora.

Dalam acara sidang media tempoh hari, Timbahan CEO Proton, Roslan Abdullah mengulas dengan berkata:

“5 tahun terakhir ini, kami telah melancarkan dua produk serba baru, mengemaskini model sedia ada, membina kilang memasang enjin dan memperbanyakkan lagi aktiviti pemasangan tempatan di Tanjong Malim”.

“Dalam tempoh itu, sasaran utama tidak berubah. Kami masih menyasarkan untuk menjadi peneraju di Malaysia dan No.3 di Asia Tenggara. Justeru itu, Proton akan mengekalkan penawaran dalam segmen hangat melalui produk tempatan yang dinaik taraf serta penggunaan trenkuasa baru”.

Juga bacaEnjin baharu untuk Proton Persona, Iriz, Exora dan mungkin Saga juga - menyusul 2023 hingga 2027

“Pada masa yang sama, kami menyokong strategi untuk mempelbagaikan penawaran melalui kenderaan generasi baru seperti yang diuar-uarkan oleh NAP 2020. Disebabkan itu, kami akan melancarkan model-model baharu dengan teknologi canggih, selari dengan peningkatan permintaan terhadap kenderaan hibrid, hibrid plug-in dan EV”.

“Untuk masa hadapan, enjin yang dipasang di kilang pemasangan baharu akan turut diguna pada lebih banyak model”.

Proton kini No.6 di Asia Tenggara, sasar sebagai jenama 'Top 3' di rantau menjelang 2027 02

Kalau anda nak tahu, sasaran Proton adalah untuk kategori kereta penumpang. Apapun, tanpa mengira kenderaan komersial, Perodua di pasaran Asia Tenggara sebenarnya sudah di tangga ke-3 iaitu di belakang Toyota dan Honda dan lebih atas dari Mitsubishi dan Daihatsu.

Di bawah adalah kedudukan jualan automotif di Asia Tenggara berdasarkan jenama (termasuk kenderaan komersial. Ia dikira melalui jualan keseluruhan 2022 di 5 pasaran terbesar dalam rantau ini iaitu Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

  1. Toyota: 985,463 unit
  2. Honda: 338,980 unit
  3. Isuzu: 287,095 unit
  4. Perodua: 282,019 unit
  5. Mitsubishi: 266,525 unit
  6. Daihatsu: 202,665 unit
  7. Proton: 141,432 unit (jumlah produksi, termasuk eksport di luar Asia Tenggara)
  8. Suzuki: 130,433 unit
  9. Hyundai: ~120,000 unit (anggaran)
  10. Ford: ~100,000 unit (anggaran)

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda