window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu?

Haris · Jul 1, 2020 06:08 PM

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu? 01

Artikel mengenai Proton Knight kami tular apabila kebanyakan pembaca diusik oleh kenangan. Proton memang berani dengan cubaan-cubaan produk yang kreatif di awal pembabitannya dalam industri automotif. 

Bukan Proton Knight saja, Proton turut mengeluarkan Proton Wira limosin sebagai variasi produk mereka. Namun, mengapakah Proton yang dahulu lebih berani dalam percubaan mereka?

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selalunya, produk ‘bertema’ adalah sebuah produk yang gagal selepas tamat trend kecuali jika tema tersebut dilaksanakan dengan baik. Proton Knight adalah contoh strategi pemasaran ‘bertema’ yang dilaksanakan sempurna.

Lihat video promosi Proton Knight dibawah.

Pemilihan nama model yang sesuai

Pemilihan nama mungkin dilihat remeh tetapi sangat penting untuk jangka hayat produk. Hal ini kerana, inilah nama yang akan dikenali untuk produk tersebut mungkin untuk selama-lamanya. Proton hanya menggunakan perkataan ‘Knight’ yang memberi imej yang lebih berani berbanding keseluruhan perkataan ‘Knight Rider’.

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu? 01

Bayangkan jika Proton Knight dinamakan sebagai Proton Knight Rider? Apatah lagi sekiranya Proton memilih Batman sebagai temanya? Kedua-duanya mempunyai konotasi yang kuat dengan superhero dan tidak boleh lari dari imej tersebut.

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu? 02

Dengan menggunakan hanya ‘Knight’ pada namanya, nama Proton Knight lebih mudah diingati dan generasi muda yang tidak mengenali Knight Rider pula tidak akan membayangkan Knight Rider tetapi hanyalah sebuah Proton Saga Aeroback hitam yang tampak hebat.

Imej yang tersendiri

Jika anda melihat kepada jentera Knight Rider itu sendiri, tiada sebarang dekal stiker yang terdapat pada badan kereta Pontiac Trans Am tersebut. Proton telah pun memberikan dekal stiker khas Knight kepada Proton Knight untuk memberikan imej yang tersendiri.

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu? 03

Knight Rider asal, Pontiac Trans Am

Proton tidak cuba menjadikan Proton Knight supaya kelihatan mirip dengan kereta Knight Rider yang asal. Ini sebuah taktik yang bagus kerana apabila siri Knight Rider tidak lagi relevan, Proton Knight masih dipandang hebat kerana mempunyai imej yang tersendiri.

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu? 04

Fokus yang lebih penting

Proton Knight tidak dicipta untuk menjadi sebuah model utama Proton. Fokus pengeluaran Proton Knight adalah untuk memperkenalkan Proton Saga Aeroback. Oleh sebab itulah jumlah pengeluarannya terhad. Proton Saga Aeroback pula berjaya mendapat permintaan yang hangat hasil daripada gimik pemasaran tersebut.

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu? 05

Kejayaan penjualan Proton Saga Aeroback sangat bagus sehingga Saga Aeroback menerima facelift selepas beberapa tahun. Walaupun bersaing dalam kelas yang sama dengan ‘abangnya’ iaitu Proton Saga sedan, kedua-dua model tersebut masih memberikan keuntungan.

Banyak model Proton yang tidak dikemaskini sehingga kini. Proton Waja, Gen 2, dan Preve adalah contoh model Proton yang dilihat gagal dan tidak diberikan facelift. Hebat juga penangan Proton Knight ini.

Proton Knight: Sekadar gimik pemasaran Proton atau lebih dari itu? 06

Oleh itu, ternyata Proton Knight bukan sekadar gimik pemasaran Proton tetapi sebuah produk yang dirangka dan dirancang dengan baik. Selepas lebih 30 tahun, Proton Knight adalah contoh strategi pemasaran terbaik yang berjaya memacu syarikat ke peringkat seterusnya.

Kredit gambar: FB Donovan Goh

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda