![Proton kuatkan semangat Asian Games dengan menderma kraftangan pada muzium acara 01]()
Buat anda yang belum tahu, Proton sememangnya menyokong industri sukan Malaysia dan dalam acara Asian Games ke-19 di Hangzhou yang berlangsung tempoh hari, mereka melibatkan diri melalui penawaran kenderaan rasmi. Menariknya untuk kali ini, pengeluar kereta nasional kebanggaan kita ini juga mempersembahkan koleksi kraftangan budaya kepada Hangzhou Asian Games Museum bagi menguatkan lagi sokongan terhadap acara tersebut.
Pemberian itu dibuat di muzium tersebut pada 22 September 2023 dan dihadiri antara Proton, wakil sukan Malaysia dan Geely Holding Group.
![Proton kuatkan semangat Asian Games dengan menderma kraftangan pada muzium acara 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kata Roslan Abdullah selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, “Dengan budaya dan warisan kita yang begitu kukuh, kami berminat untuk berkongsi hasil karya negara kepada dunia. Melalui pemberian karya budaya ini kepada Asian Games Museum, Proton telah menyumbang kepada pembentukan hubungan baik sesama negara, sekaligus membawa kesatuan dalam Asian Games ke-19 ini”,
Untuk makluman anda, kraftangan yang diilhamkan dari beberapa negeri dari Malaysia ini juga membawa simbolik kepelbagaian budaya yang ada di negara kita.
Dalam acara pemberian itu, Kaunsel Olimpik Asia dan Jawatankuasa Penganjur Hangzhou Asian Games betul-betul menghargai seni tersebut. Mereka percaya bahawa acara yang bermakna itu akan merapatkan lagi hubungan antara China dengan Malaysia dan keunikan warisan sukan dan budaya dari kedua-dua belah pihak juga mendapat lebih penghargaan.

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });