window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)?

Haris · Feb 16, 2021 08:00 PM

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)? 01

2 jenama automotif domestik Malaysia akan melancarkan produk masing-masing dalam tempoh masa yang rapat. Proton akan melancarkan barisan model edisi istimewa pada 18 Februari 2021 manakala Perodua dijangka akan melancarkan Perodua D55L pada bulan Mac 2021.

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)? 02

Dalam suatu dokumen yang tiba ke meja pengarang Wapcar.my, bahawa tempahan bagi Perodua D55L dijangka akan dibuka lebih awal, seawal minggu ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rantaian pelancaran / kemaskini yang dilakukan secara rapat bukan lagi suatu yang baharu. Ia adalah taktik yang telah dicuba dan terbukti berkesan dalam perniagaan. ‘Game Theory’ menjelaskan bahawa sebarang tingkah laku pesaing akan ditiru oleh pesaing rapat.

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)? 01

Edisi Khas sempena peristiwa

Pada tahun 2020, kita menyaksikan 2 rantaian peristiwa daripada Proton dan Perodua secara rapat. Dalam bulan Julai, Proton melancarkan model Proton Saga Edisi Ulangtahun pada 9 Julai 2020 manakala Perodua mengumumkan kemas kini kecil pada Perodua Myvi 2020 pada 15 Julai 2020.

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)? 02

Kemaskini kecil adalah warna baharu dan A.S.A 2.0

Malah, normal baharu menjadikan majlis pelancaran lebih senang diadakan secara atas talian lantas tidak lagi memerlukan tugas-tugas persiapan yang berat. Syarikat kereta lebih mudah untuk bertindak balas dengan sebarang aktiviti yang dilakukan pesaing.

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)? 03

Norma baharu tidak menggalakkan majlis besar-besaran

Oleh yang demikian, bukan suatu perkara yang mengejutkan jika Honda Malaysia tiba-tiba mengumumkan harga Honda City RS dalam waktu yang berdekatan dengan pelancaran Toyota Corolla Cross

Dengan pelancaran paling penting bagi Perodua pada tahun 2021 ini, tentunya Proton tidak akan berpeluk tubuh sahaja.

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)? 04

Spyshot Proton Iriz R3 versi penuh

Kehadiran model istimewa (Proton Saga dan Proton Iriz edisi R3 manakala Proton Persona dan Proton Exora Black Edition) mungkin dilihat sebagai berlebih-lebihan dan tepu kepada sesetengah wargamaya tetapi ia adalah faktor penting dalam kelestarian perniagaan.

Antara tugas bahagian pemasaran adalah untuk kekal relevan, malah Proton mempunyai asas peminat yang tegar dan model edisi terhad ini tentunya disasarkan kepada pasaran tersebut.

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)? 05

Pelancaran Proton X50 atas talian

Mengapa tiada pelancaran atau kemaskini dari Perodua ketika Proton X50 dilancarkan? Jawapannya, pemimpin pasaran (market leader) biasanya tidak perlu meniru strategi pesaing bawahan. Mereka ada strategi tersendiri yang terbukti berjaya.

Proton lancar R3 dan Black Edition untuk curi perhatian daripada Perodua Ativa (D55L)? 06

Cakaplah apa pun, Perodua Myvi masih kereta paling laris di Malaysia

Dalam usaha untuk menjadi jenama No 1 Malaysia menjelang tahun 2027, adalah suatu perkara positif melihat Proton tampil agresif dengan taktik pemasaran mereka. Walaubagaimanapun, persaingan rapat kedua-dua jenama domestik ini mungkin bukan suatu perkara yang baik? Bagaimana dengan pendapat anda? Nyatakan di bahagian komen!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda