window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton lancarkan Galeri Inspirasi baharu di Centre of Excellence, ada 'virtual' & 'augmented reality'!

Faisal · Nov 26, 2021 02:00 PM

Proton lancarkan Galeri Inspirasi baharu di Centre of Excellence, ada 'virtual' & 'augmented reality'! 01

Pembuat kenderaan nasional PROTON hari ini telah melancarkan galeri jenama baharunya. Dijenamakan sebagai “Gallery of Inspiration” (Galeri Inspirasi) dan terletak di kompleks Centre of Excellence, ia merupakan langkan seterusnya didalam perjalanan penjenamaan semula syarikat yang bermula sejak tahun 2019. Galeri ini akan dibuka kepada orang awam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30am – 5.30pm

Proton lancarkan Galeri Inspirasi baharu di Centre of Excellence, ada 'virtual' & 'augmented reality'! 02

Terbahagi kepada beberapa zon, Galeri Inspirasi mempamerkan sejarah PROTON, keterlibatan mereka yang berkait secara langsung dengan industri automotif Malaysia, rangkaian domestik dan antarabangsa, serta teknologi masa kini dan masa hadapan yang dipersembahkan secara tersusun dan menggunapakai teknologi seperti “virtual reality” (VR) dan “augmented reality” (AR) untuk memberikan pengalaman yang menakjubkan. Ia turut menampilkan outlet “Proton Café” yang pertama dan koleksi model kereta bersejarah Proton untuk tatapan peminat dan kebanyakan pelawat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton lancarkan Galeri Inspirasi baharu di Centre of Excellence, ada 'virtual' & 'augmented reality'! 01

Pemilihan lokasi galeri jenama di Centre of Excellence membolehkan pelawat untuk merasai pengalaman sebenar pusat sehenti yang turut mempunyai pusat Pameran Kristal, dimana mereka boleh melihat, pandu uji, dan membuat tempahan produk terkini, serta Centre of Service Excellence, iaitu pusat servis utama bagi semua model Proton.

Proton lancarkan Galeri Inspirasi baharu di Centre of Excellence, ada 'virtual' & 'augmented reality'! 02

“Kami telah membuat pelaburan bagi Galeri Inspirasi dan penambahan informasi akan dilakukan seiring dengan perjalanan PROTON dengan kemasukan model baharu. Bekenaan namanya, kami berharap pelawat akan mendapat inspirasi dari cerita perjalanan kami, dan ini dapat memberikan percikan api semangat untuk perjalanan diri mereka walau apapun bidang yang diceburi. Sudah tentu, ia juga berkait dengan slogan kami iaitu “Inspiring Connections” dan membantu dalam menguatkan penceritaan jenama dan penyampaian mesej kepada pelanggan kami,” tambah Roslan Abdullah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda