window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton mahu jadi No.1 untuk 2021, tetapi jurangnya jauh dengan Perodua. Bagaimana?

Faisal ยท Feb 4, 2021 02:00 PM

Proton mahu jadi No.1 untuk 2021, tetapi jurangnya jauh dengan Perodua. Bagaimana? 01

Sejak tahun 2006, Proton telah kehilangan takhta nombor satu di tangan Perodua – posisi yang mereka ingin rampas semula dengan bantuan Geely.

Kali ini, mari kita lihat prestasi Proton untuk mendekati jurang dengan Perodua.

Proton mahu jadi No.1 untuk 2021, tetapi jurangnya jauh dengan Perodua. Bagaimana? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada tahun 2020 yang lalu, Proton berjaya mencatat jualan sebanyak 109,716 unit kereta – peningkatan sebanyak 8.8% daripada tahun 2019. Pada masa yang sama, Proton berupaya memegang bahagian pasaran sebanyak 21.1% - peningkatan sebanyak 4.4%.

Sebagai perbandingan, Perodua berupaya menjual sebanyak 220,163 unit – lebih 2 kali ganda daripada Proton. Menariknya, pencapaian jualan Perodua dilakukan melalui 5 model kereta, berbanding 6 model oleh Proton.

Proton mahu jadi No.1 untuk 2021, tetapi jurangnya jauh dengan Perodua. Bagaimana? 01

Perodua Myvi masih pilihan sejati rakyat Malaysia sehingga hari ini

Dengan jualan sebanyak 66,330 unit pada tahun lepas, Perodua Myvi merupakan hatchback segmen B yang terlaris di Malaysia untuk tahun 2020. Pesaing rapatnya, Proton Iriz, hanya terjual sebanyak 7,636 unit.

Perbandinga jualan Perodua vs Proton untuk tahun 2020
Model Bilangan (unit)
Perodua Axia 59,651
Perodua Bezza 56,996
Proton Saga 46,527
Proton Iriz 7,636
Perodua Myvi 66,330
Proton Persona 23,917
Perodua Alza 14,691
Proton Exora 5,849
Perodua Aruz 22,494
Proton X50 3,787
Proton X70 21,944
Jumlah (Perodua) 220,163
Jumlah (Proton) 109,716

Dengan jualan sebanyak 56,996 unit pada tahun 2020, Perodua Bezza pula merupakan sedan segmen A yang paling laris di Malaysia. Pesaing di kelas yang sama, Proton Saga, berjaya dijual sebanyak 46,527 unit.

Proton mahu jadi No.1 untuk 2021, tetapi jurangnya jauh dengan Perodua. Bagaimana? 02

Malah dalam kategori MPV juga, Perodua berjaya menjual Alza sebanyak 14,691 unit. Proton Exora yang bersaiz lebih besar pula hanya terjual sebanyak 5,849 unit.

Proton mahu jadi No.1 untuk 2021, tetapi jurangnya jauh dengan Perodua. Bagaimana? 03

Analisa jualan ini menjelaskan satu perkara yang menarik: Model Proton yang terlaris ialah Saga, tetapi model Perodua yang terlaris ialah Myvi. Nampaknya, rakyat lebih rela berbelanja lebih untuk ciri yang lebih banyak pada Perodua Myvi berbanding Axia.

Proton mahu jadi No.1 untuk 2021, tetapi jurangnya jauh dengan Perodua. Bagaimana? 04

Untuk tahun 2021, Perodua mensasarkan jualan sebanyak 240,000 unit. Dengan kehadiran Perodua D55L dan permintaan yang tinggi buat Perodua Myvi, matlamat ini kelihatan cukup cerah.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda