window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70!

Haris · Apr 12, 2021 08:00 PM

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70! 01

Proton Holdings Berhad akan memulakan projek CKD di Pakistan seawal suku ketiga tahun 2021. Rakan perniagaan Proton di Pakistan, Al Haj Automotive telah bersedia dengan rancangan CKD pada kilang terbaru mereka seawal Julai 2021.

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70! 02

Proton dan Al-Haj Automotive pada tahun 2018

Kilang tersebut dibina di Karachi dan mempunyai kapasiti pengeluaran yang dianggarkan sebanyak 25,000 unit setahun. Sebanyak USD 30 juta telah dilaburkan untuk pembangunan kilang tersebut.

Pada awalnya kilang ini sepatutnya beroperasi pada akhir tahun 2020. Walaubagaimanapun, rancangan tersebut telah ditunda disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70! 01

2 model telah tiba di Pakistan iaitu Proton X70 dan Proton Saga sejak perjanjian dimaterai pada tahun 2018. Malah, model Proton Saga juga tampil dengan varian R3 yang datang dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70! 02

Proton X70 dilancarkan pada tahun 2020 dengan enjin 1.5 liter turbo - seperti yang ada pada Proton X50. Perkongsian enjin ini mungkin menjadi petanda kepada model Proton akan datang di Pakistan kerana ia memudahkan proses rantaian bekalan.

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70! 03

Shahid Afridi, pemain kriket Pakistan adalah duta Proton

Al Haj Automotive juga adalah pengedar rasmi bagi jenama FAW dari China. FAW adalah singkatan daripada "First Automobile Works", yang turut menjual kenderaan komersial dan jentera berat.

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70! 04

Hal ini bermakna rakan kongsi Proton di Pakistan mempunyai pengalaman yang meluas dalam industri automotif Pakistan. Apa yang belum dapat dipastikan adalah adakah kilang pemasangan Al Haj Automotive untuk Proton turut dikongsikan bersama jenama FAW. 

Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70! 05

Maka tidak hairanlah jika model Proton Saga dan Proton X70 menerima enjin yang bersesaran lebih rendah berbanding model pasaran Malaysia kerana kepakaran tempatan Pakistan telah menilai hal ini.

Proton sudah lama menyatakan hasrat mereka untuk memberi lebih fokus terhadap perkembangan jenama di rantau lain. Selain dari Pakistan, negara Kenya juga dirancang untuk menjadi hab pemasangan CKD Proton.

Bacaan Lanjut: 

Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!

Projek pemasangan Proton Saga CKD di Kenya dilancarkan

Proton Saga CKD dieksport ke Nairobi, Kenya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda