Proton Perdana 'Accordana' terpakai kini hanya RM 28k, sebuah Honda pada harga Proton?
Faisal · Jun 8, 2024 12:00 PM
0
0
Salah satu sedan segmen-D yang sering dilupakan di pasaran kita selain Nissan Teana ialah Proton Perdana 'Accordana'. Dalam pasaran terpakai, legenda ini sekarang boleh dibeli pada harga serendah RM 28k sahaja.
Ini sesuatu yang menarik kerana ia sebuah Honda pada harga Proton. Jadi, soal jangka hayat dan mencari alat ganti pasti senang. Kos untuk membela juga pasti murah.
Alkisahnya bermula apabila kos penyelenggaraan Proton Perdana generasi pertama hak milik kerajaan makin meningkat. Oleh kerana itu, kerajaan negeri terpaksa mencari pengganti yang terdiri daripada jenama seperti Toyota dan Mercedes-Benz. Situasi ini membuatkan Proton tekad untuk membangunkan model pengganti. Oleh itu, terciptalah Perdana generasi ke-2 yang berasaskan Honda Accord generasi ke-8. Ini jugalah sebab kenapa ia digelar ‘Accordana.’
Walau bagaimanapun, Perdana baharu kekurangan ciri moden yang ada pada pesaing segmen-D ketika itu kerana platform Accord generasi ke-8 sudah lama. Kemudian pada 2019, produksi model ini dihentikan.
Bagi anda yang belum tahu versi 2013 ini tidak dijual kepada orang awam tetapi Proton menjanjikan sebuah model yang lebih baru untuk semua. Menjelang 2016, versi ini hadir dengan reka bentuk moden dan pilihan enjin 2.0L serta 2.4L.
Memandangkan banyak komponen utama masih sama dengan model Honda Accord,, Proton Perdana generasi ke-2 tidak mempunyai sebarang isu dari segi penyelenggaraan dan jangka hayat.
Konklusi
Walaupun Perdana generasi ke-2 tiada teknologi baharu sewaktu berada dalam pasaran, unit terpakai boleh menjadi satu pembelian yang cukup berkualiti dan berbaloi.
Untuk anda yang berminat, terdapat banyak Proton Perdana terpakai di laman 'Kereta untuk Dijual' WapCar.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.