window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama?

Haris · Sep 2, 2020 04:00 PM

Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama? 01

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila beberapa ‘peneroka’ telah menemui barisan model-model kereta mewah terbiar di sebuah bangunan lama. Antara yang turut ditemui adalah sebuah Proton Perdana. Lebih spesifik lagi, Proton Perdana ‘Accordana’ generasi kedua.

Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama? 02

Lengkap dengan nombor plat VK 5231, Proton Perdana tersebut didaftarkan dibawah nama Tun Dr Mahathir Muhammad. Bangunan tersebut pula dimiliki oleh Bristol Cars, sebuah jenama kereta mewah yang terkenal dengan kereta buatan tangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bristol Cars dikatakan terkenal sekitar zaman 50 an namun menurut laporan, beberapa aset Bristol Cars dicairkan pada tahun lepas, berkemungkinan untuk membayar hutang.

Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama? 01

Kisahnya, pada akhir tahun 2016, Tun Mahathir dalam lawatan beliau ke UK telah mengadakan perbincangan dengan seorang individu bernama Kamal Siddiqi. Kamal Siddiqi adalah seorang usahawan British berdarah Pakistan yang mempunyai syarikat penyelidikan dan pembangunan, Frazer Nash Research Limited.

Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama? 02

Tujuan perbincangan tersebut adalah untuk melakukan pemindahan teknologi hibrid kepada model-model Proton. Proton sememangnya pernah menerajui teknologi kereta elektrik dengan barisan kereta konsep Proton Exora REEV dan Proton Iriz EV yang ditayangkan pada tahun 2015

Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama? 03

Untuk tahun 2017, nampaknya Proton mahu melangkah lebih maju dengan teknologi hibrid. Tun Mahathir menghantar sendiri Proton Perdana milik beliau ke UK dalam usaha pemindahan teknologi tersebut.

Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama? 04

Lebih menarik lagi, Proton sebelum ini bersemangat untuk menjadi perintis dalam industri automotif. Sebagai perbandingan, hanya pengeluar-pengeluar besar dan ternama seperti Mercedes Benz, Toyota, Honda dan Volkswagen sahaja yang mampu menerokai teknologi baru. Pengeluar kereta kecil selalunya sekadar menyesuaikan teknologi tersebut.

Proton Perdana terbiar di Bristol. Adakah Proton masih mempunyai semangat yang sama? 05

Entah di mana salah silapnya, polisi protectionism yang seharusnya menjadi batu loncatan Proton menjadikan perusahaan automotif nasional ini terlalu selesa, langsung membantutkan kemajuan mereka sendiri.

Kini dengan Geely memimpin Proton, adakah Proton masih mahu menjadi peneraju industri atau sekadar menjual kereta rebadge dengan bantuan pengurangan cukai?

Sumber: FB Kelab Che Det

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda