window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Perdana, X70 dan Saga jadi kenderaan rasmi Sukan IPT - tajaan daripada Proton!

Haris · Aug 11, 2022 05:00 PM

Proton Perdana, X70 dan Saga jadi kenderaan rasmi Sukan IPT - tajaan daripada Proton! 01

Pengeluar kereta nasional Proton telah menyampaikan 10 unit kenderaan yang terdiri daripada pelbagai model kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyokong Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022.

Acara sukan dwi tahunan anjuran KPT itu akan diadakan dari 12 - 21 Ogos 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. Terdapat 21 acara sukan dengan anggaran penyertaan kira-kira 6,000 orang atlet dan pegawai dari institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.

Proton Perdana, X70 dan Saga jadi kenderaan rasmi Sukan IPT - tajaan daripada Proton! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sumbangan PROTON yang terdiri daripada 8 unit Proton Perdana, 1 unit Proton X70 dan 1 unit Proton Saga itu diterima oleh Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Datuk Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Sukan dari Kementerian Pengajian Tinggi pada majlis penyerahan penaja yang diadakan di kementerian baru-baru ini.

Proton Perdana, X70 dan Saga jadi kenderaan rasmi Sukan IPT - tajaan daripada Proton! 01

“Ini adalah kali kedua Proton menyokong SUKIPT setelah kami turut terlibat sebagai penaja temasya edisi tahun 2012.

"Kami berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam acara sukan yang penting untuk pelajar pengajian tinggi ini dan kami berharap penajaan kami akan membantu dalam memastikan kelancaran SUKIPT 2022,” kata Wan Ahmad Fadzli Bin Wan Mustafa, Pengurus Besar, Proton Edar, semasa penyerahan kereta.

Proton Perdana, X70 dan Saga jadi kenderaan rasmi Sukan IPT - tajaan daripada Proton! 02

Selain daripada peranannya dalam temasya ini, Proton juga telah menyumbang kepada pembangunan sukan di sekolah-sekolah di Tanjung Malim tahun ini.

Proton menyampaikan sumbangan wang tunai dan peralatan sukan kepada SMK dan SK Proton City pada 27 Jun manakala pada 28 Julai, sumbangan tunai disampaikan kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Kuala Nerus, Terengganu, bagi menyokong program kecemerlangan akademik sekolah.

Baca: Proton 'kongsi rezeki', salur sumbangan wang tunai dan peralatan sukan kepada SK dan SMK Proton City!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda