window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro

Mersita · Aug 11, 2020 08:00 PM

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 01

Setiap perkara yang berlaku ada sebab di sebaliknya. Suatu ketika dahulu, Proton pernah membeli pegangan bernilai jutaan Euro dan menjualnya semula untuk hanya 1 Euro. Sebelum anda membuat kesimpulan sendiri, biarkan kami ceritakan kisah selanjutnya.

Orang yang arif tentang sejarah Proton pasti pernah mendengar kisah tentang MV Agusta. Pada tahun 2004, Proton membayar 70 juta Euro, bersamaan RM 367 juta) untuk pegangan kawalan 57.7 peratus di syarikat pembuatan motosikal Itali, MV Agusta. Setahun selepas itu, Proton menjual semula pegangan tersebut dengan hanya 1 Euro. Murah, kan? Macam sepinggan nasi lemak.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 02

Dipendekkan cerita, kegagalan urusjanji antara Proton dengan MV Agusta telah merosakkan reputasi Proton dan dipersoalkan oleh orang ramai. Ramai yang marah dan membuat spekulasi yang kejadian ini barangkali berasaskan rasuah atau pertelingkahan atau kedua-duanya sekali.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekurang-kurangnya, urusjanji ekspot Proton ke AS yang gagal disebabkan oleh muslihat dan janji kosong untuk masuk ke pasaran AS yang memang hangat ketika itu. Pelabur ‘bijak’ yang tertipu dalam janji pelaburan oleh seorang ‘conman’ bukanlah satu cerita baru. Lihat saja apa yang terjadi pada Enron.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 01

Oleh itu, kes yang satu ini membuat orang tertanya-tanya – kenapa pembuat kereta nasional kita mahu berurusan dengan motosikal bertahap seperti Ferrari? Dari luarannya, ia nampak seperti anak orang kaya yang membazirkan harta keluarganya untuk jenama ‘atas’ yang mewah tapi kurang bijak. Ia seperti kisah teladan zaman dulu dan pada masa yang sama, serupa seperti kisah Jho Low. Apa yang membuatkan mereka terlalu yakin dengan urusjanji ini?

Pada tahun 2009, saya bertuah kerana pernah berjumpa dengan ‘mastermind’ di sebalik pembelian Lotus Cars dan MV Agusta oleh Proton; iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Mahaleel Tengku Ariff. Kami mula-mula bertemu untuk membincangkan tentang kemunculan semula Lotus di Formula One pada tahun 2010. Tapi, perbualan kami beralih kepada dua kisah pemilikan yang sangat kontroversi ini.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 02

Pemilikan Lotus bukan saja untuk mendapatkan hak penjenamaan Lotus pada kereta-kereta Proton, malah ia juga untuk memacu pertumbuhan syarikat tersebut ke arah menjadi pembuat kereta berprestij yang boleh berdiri di atas kaki sendiri. Menurut Mahaleel, pembelian Lotus bernilai jutaan ringgit itu dari segi kiraannya memang berbaloi.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 03

“Berdasarkan kira-kira kami ditambah pula dengan fi teknikal tambahan, kami membayar bahagian kereta bernilai RM 25,000 untuk hanya RM 18,000 jika kami hasilkannya sendiri. Tambahan pula, kami tidak dapat mengekspot produk seperti ini ke luar negara dan berfikir yang ia akan menghasilkan keuntungan, dan dengan aturan ketika ini, ekspot Proton memerah wang kerajaan dengan terlalu banyak,” jelas Mahaleel.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 04

Mahaleel (kedua dari kiri) bersama Tun Dr. Mahathir ketika pelancaran Proton Waja

“Dengan sebuah CamPro 1.6 berkos RM 4,500 bagi setiap enjin dan anda pula membayar hampir-hampir RM 6,500 bagi setiap enjin daripada pengilang Jepun, anda boleh jimat sekurang-kurangnya RM 2,000 bagi setiap enjin. Dan jika anda dapat menjual 150,000 enjin setahun, dalam masa 1 tahun ia boleh memberi penjimatan hampir RM 300 juta bagi syarikat. Jika anda buat kira-kiranya, pelaburan dalam Lotus boleh balik modal dalam hanya dua tahun.”

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 05

“Tambahan lagi, dengan kepakaran Lotus, kami telah membangunkan sistem pengurusan enjin kami sendiri yang boleh menjimatkan lagi RM 400 bagi setiap unit. Ini sahaja sudah boleh memberi penjimatan sebanyak RM 22.57 juta bagi tahun pertama.”

Begitu juga dengan tindakan Mahaleel yang mempunyai niat yang sama dengan MV Agusta apabila Proton mengumumkan niat mereka untuk memiliki syarikat tersebut pada hujung tahun 2002. Tapi, laporan berkenaan niat sebenar pemilikan ini tidak sekata dan berbeza-beza.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 06

Ada beberapa laporan yang mengatakan pemilikan ini seiring dengan Pelan Enjin Nasional (National Engine Plan) untuk membekalkan enjin bagi motosikal, kereta, tentera, logistik, perubatan, dan penjanaan kuasa. Manakala, laporan lain pula membuat spekulasi yang Proton mahu membuat cubaan menghasilkan produk bertayar dua dan mengambil pereka MV Agusta untuk jabatan rekaan keretanya. Ada juga yang berpendapat ini adalah idea untuk menghasilkan kereta berprestasi tinggi yang mewah dan dijenamakan dengan nama MV Agusta.

Tapi, Mahaleel mempunyai matlamat yang lebih realistik bagi MV Agusta. Beliau lebih fokus kepada kepakaran syarikat tersebut dalam penghasilan enjin bersaiz kecil.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 07

“Niat kami dengan MV Agusta ialah untuk mengambil kepakaran kejuruteraan mereka dalam enjin 1000cc yang kecil yang boleh kami gunakan untuk kereta bandar bersaiz kecil,” jelas Mahaleel. “Penghasil motosikal adalah pakar dalam rekaan kompak tapi dengan tren kuasa yang tinggi, cukup ideal bagi kereta bersaiz kecil.”

Mahaleel juga berkata yang Proton telah melakar pelan untuk kereta bandar berharga RM 10,000 dan mereka juga berusaha dalam menghasilkan tren pemanduan hibrid elektrik berkuasa rotari. Samada kereta bandar tersebut akan memaparkan tren kuasa yang dibangunkan oleh MV Agusta sendiri, beliau tidak nyatakan pula. Bagi beliau, tiada gunanya membincangkan kisah pendek lama yang sudah terkubur.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 08

Ia mungkin tidak akan nampak seperti kereta konsep Emas 3 2010 oleh ItalDesign

Malangnya, visi Mahaleel untuk MV Agusta sekali dengan pelbagai model Proton yang dicadangkan tidak pernah menjadi realiti. Sejurus selepas pemilikan MV Agusta pada bulan Disember 2004, Mahaleel dilucutkan jawatannya 6 bulan kemudian.

Cita-cita dan aspirasi beliau ditolak ketepi oleh pengurusan baru yang lebih konservatif dan fiskal yang tidak kisah dengan potensi teknikal penghasil motosikal yang menghadapi kerugian itu. Pada penghujung tahun 2005, Proton yang terkejut dengan jumlah dana jutaan ringgit yang diperlukan untuk menguntungkan semula MV Agusta, cepat-cepat membuang pegangannya yang dilihat sebagai tindakan terburu-buru.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 09

Kita mungkin tidak akan pernah tahu bagaimana hasilnya jika cita-cita Proton ini direalisasikan atau bagaimana kesudahannya jika Mahaleel kekal mengetuai syarikat kereta nasional tersebut. Adakah pemilikan Lotus Cars dan MV Agusta ini satu langkah bijak? Walaupun niatnya suci murni, pilihan yang ada kurang menarik. Kedua-dua syarikat ini, walaupun terkenal dengan penghasilan produk berprestij, mereka sering mengalami kerugian.

Senarai pendek Mahaleel untuk calon-calon pemilikan termasuklah Cosworth, Pininfarina, dan Porsche. Syarikat-syarikat ini terkenal dengan kepakaran mereka dalam penghasilan dan kejuruteraan kereta, tapi bukanlah untuk daya maju jangka-panjangnya.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 10

Cosworth ialah jenama Britain yang setara dengan Yamaha, tapi lebih kecil, dan hebat hanya dalam satu perkara.

Walaubagaimanapun, harus diingatkan yang Proton pada tahun 1996 jauh bezanya dengan Proton pada pertengahan 2000-an. Proton dahulu berada dalam keadaan kewangan yang lebih sihat, menikmati keuntungan saban tahun berjumlah ratusan juta ringgit. Matlamat bagi pemilikan ini bukanlah untuk pelaburan semata-mata, tetapi ia juga untuk memacu lagi kebolehan kejuruteraannya.

Walaupun Lotus Cars pernah menurunkan ilmu kejuruteraannya seperti yang dimahukan Mahaleel, kami berpendapat yang urusjanji dengan MV Agusta ini satu cita-cita yang terlalu tinggi untuk dicapai.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 11

Walaupun MV Agusta mempunyai kepakaran dalam pembinaan enjin 1 liter yang hebat, samada ia boleh menghasilkan tren kuasa yang berdaya maju bagi kegunaan kereta masih tidak dapat dipastikan.

Ketika mengunjungi kilang BMW Motorrad di Berlin, saya pernah bertanya kepada wakilnya jika ada sebarang ‘cross over’ atau peralihan ilmu dari segi kejuruteraan dan penghasilan antara BMW Motorrad dan kereta-kereta BMW. Beliau ternyata hairan dan pelik dengan soalan yang saya ajukan. Rupa-rupanya, pada zaman sekarang jarang sekali kejuruteraan motosikal dan kejuruteraan kereta dikaitkan antara satu sama lain.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 12

Sehingga ke hari ini, hanya ada tiga syarikat arus perdana atau ‘mainstream’ besar di dunia yang menjalankan operasi penghasilan dan kejuruteraan kereta dan motosikal sekaligus – BMW, Honda, dan Suzuki.

Bagi ketiga-tiga syarikat ini, kebanyakan operasi rekaan dan penghasilan kereta dan motosikalnya diasingkan antara satu sama lain. Bila anda lihat dari aspek kecil kejuruteraan kereta dan motosikal, barulah anda akan faham perbezaannya.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 13

Sebagai permulaan, pereka enjin motosikal tidak perlu patuh kepada pelbagai undang-undang; berbeza dengan pembuat kereta yang terbeban dengan pelbagai garis panduan – selalunya berkaitan penghasilan gas rumah hijau.

Eropah baru saja mula menguatkuasakan undang-undang pelepasan gas (Euro 4) bagi motosikal pada tahun 2016 – 11 tahun selepas penguatkuasaan untuk kereta. Pada tahun 2005, kejuruteraan enjin bagi mematuhi Euro 4 untuk ekpot Proton boleh jadi satu cabaran maha besar bagi MV Agusta.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 14

Ini belum lagi mengambil kira pertimbangan rumit yang harus dilakukan untuk selang-masa servis dan kos, dimana ia lebih pendek dan lebih mahal berbanding kemampuan dan jangkaan pengguna-pengguna kereta.

Jumlah pengeluaran juga akan menjadi satu cabaran kerana enjin motosikal merangkumi peratusan yang tinggi dalam kos keseluruhan kenderaan tersebut – menyebabkan penggunaan komponen dan kaedah penghasilan yang lebih eksotik.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 15

Tambahan pula, enjin motosikal direka untuk menampung lebih kurang 200 kg berat motor dan penunggangnya sekali, bukannya 1000 kg berat kereta semata-mata. Cubaan mereka enjin yang mempunyai cc kecil untuk diaplikasikan pada kereta barangkali melangkaui kebolehan operasi bersaiz kecil seperti MV Agusta.

Sebagai perbandingan, walaupun BMW mempunyai kepakaran tinggi dalam kejuruteraan, mereka hanya ada satu kereta yang mempunyai enjin yang diambil dari motosikal, iaitu i3. Dan bagi kes i3 pula, enjin skuter kecil tersebut hanya digunakan untuk menjana elektrik dan bukannya untuk memacu tayarnya.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 16

Ramai yang berkata bahawa Yamaha pandai menghasilkan motosikal yang hebat dan cemerlang dalam kejuruteraan enjin kereta ‘lejen’ seperti V10 Lexus LFA. Ya, Yamaha memang terkenal dengan kejayaan ini, tapi mereka adalah konglomerat gergasi yang menghasilkan motosikal, motor ‘outboard’, ATV, dan juga piano.

Tambahan pula, apabila pengilang kereta datang kepada mereka, Yamaha tidak memberi mereka enjin motosikal. Sebaliknya mereka akan membuat semula enjin asal, atau mereka enjin kereta yang serba baru berbekalkan dana yang besar.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 17

Perlu diingatkan yang Mahaleel mahukan syarikat sekecil MV Agusta tersebut untuk membina enjin kecil untuk kereta kecil yang murah. Jika Yamaha yang menjadi taruhannya, kiraan di bawah visi Mahaleel tidak akan menjadi.

Tapi kalau diikutkan, Mahaleel barangkali sudah berfikir jauh kerana individu-individu bernas dari Audi dan Mercedes-Benz akan membuat perkara sama sedekad selepas itu. Audi mengambil-alih Ducati pada tahun 2012 dan Mercedes mengambil pengangan 25 peratus dalam MV Agusta pada tahun 2014 – untuk sebab-sebab yang kurang jelas yang masih menjadi tanda tanya dalam industri sehingga ke hari ini.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 18

Setakat ini, selain daripada “peluang pemasaran” dan perkongsian pengedaran bahagian, masih tiada kolaborasi teknikal yang besar berlaku antara dua pembuat kereta Jerman ini dengan pembuat motosikal Itali tersebut.

Konsep Volkswagen XL Sport ‘Superleggera-powered’ Ducati 1199 pada tahun 2014 adalah satu-satunya bukti dimana komponen Ducati pernah dipasang pada produk Volkswagen AG. Dengan langkah Mercedes yang menjual pegangannya dalam MV Agusta pada tahun 2017 dan ura-ura yang tersebar tentang penjualan semula Ducati, nampaknya kedua-dua gabungan ini tidak akan membuahkan hasil.

Proton pernah membayar 70 juta Euro untuk MV Agusta dan menjualnya semula untuk 1 Euro 19

Walaupun Mahaleel kekal mengetuai Proton, mengintegrasikan MV Agusta barangkali akan menyebabkan kesulitan kewangan yang lebih lagi. Akhirnya, ia akan menjadi satu kegagalan yang terpaksa ditanggung Proton yang sudah bergelut dengan kemelesetan pada hujung 2000-an. Seperti kata doktor; seeloknya dipotong saja kaki yang diabetik sebelum ia mereput dan merebak teruk.

Sebab kami adalah orang-orang yang optimistik, kami ingin katakan yang pembelian MV Agusta dilakukan dengan niat yang baik. Tetapi, kekurangannya ialah mereka mengharapkan sesuatu yang hampir mustahil untuk dikecapi oleh pembuat motosikal dengan kapasiti teknikal yang rendah serta kurang memahami keadaan perniagaan tersebut. Walaubagaimanapun, kalau bukan kerana cara Proton menjual pegangannya di MV Agusta dengan hanya 1 Euro, lembaran ini barangkali tidak mencemarkan nama Proton begitu teruk sekali.

“Teknologi” adalah ayat magis di zaman ini yang boleh membuatkan semua orang terlalu teruja sampai sanggup mengosongkan poket masing-masing. Banyak syarikat masa kini mengejar teknologi dan trend terbaru hanya untuk nama dan ‘pangkat’ semata-mata. Dapatkan lebih info lanjut di The Motor Muse.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda