window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada!

Faisal · Sep 3, 2021 04:00 PM

Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada! 01

Secara teknikal, Proton Persona dan Iriz 2022 sebenarnya dikemaskini dengan begitu menyeluruh sekali. Antaranya seperti 200 komponen baru, 32 penambahbaikan kualiti, dan 6 peningkatan dari segi prestasi. Walau bagaimanapun, ciri bantuan keselamatan ADAS masih tidak didatangkan.

Juga bacaProton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200!

Senang cerita, duo Proton segmen B ini masih tiada jawapan terhadap Advanced Safety Assist (ASA) yang dilengkapkan pada Perodua Myvi. Perkara ini sebenarnya agak membuntukan kerana platform yang diguna pada Iriz dan Persona sudah lama dan tidak dibangunkan untuk menyokong perkakasan ADAS.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaProton Iriz facelift MC2 2021 dilancar, bermula RM 41k, logo baru, ada model Active!

Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada! 01

Mengubah suai platform ini untuk menyokong ADAS sebenarnya tidak mustahil langsung tetapi ia pasti memakan kos yang tinggi. Menurut Proton, lebih baik mereka meletakkan belanja untuk pembangunan ciri yang lebih praktikal dan berbaloi.

Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada! 02

Misalnya, perehat tangan di konsol tengah telah lama diidam oleh pengguna. Bercakap mengenai ini, Proton juga telah menaik taraf transmisi CVT dengan Neutral Idle Control supaya pengguna tidak perlu menukar gear ke posisi Neutral walaupun berhenti terlalu lama dalam cuaca yang panas. Pada masa yang sama, infotainment yang berasaskan GKUI Geely pada kali ini telah diperbaharui dengan arahan suara yang mana ia boleh mengawal buka tutup tingkap dan penyaman udara. Tidak cukup dengan itu, Iriz dan Persona 2022 juga telah dinaik taraf dengan 6 bilangan port USB.

Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada! 03

Menambah perehat tangan memerlukan pengubahsuaian pada brek tangan dan tombol gear.

Juga bacaProton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga?

Buat sesetengah pengguna, 6 port USB tidak memukaukan langsung tetapi salah satu daripadanya dikhususkan untuk dashcam.

Secara tidak langsung, anda tidak lagi perlu wayar panjang yang serabai untuk menyambungkan dashcam dengan sumber kuasa seperti soket pengecas 12V. Malah, anda sudah tidak perlu mengubah sokongan wayar ke fius utama yang mana kami tidak galakkan langsung.

Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada! 04

6 port USB - 3 di konsol tengah, 2 di belakang, 1 di bahagian cermin pandang belakang.

Dengan adanya port USB yang khusus ini, pengguna hanya perlu pakai kabel USB yang paling pendek.

Kalau anda nak tahu, dashcam sekarang ini sudah menjadi satu keperluan, lebih-lebih lagi dengan zaman rider yang sering mencelah tak tentu hala.

Juga bacaKementerian pertimbang untuk wajibkan ‘dashcam’ dalam kereta

Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada! 05

Untuk maklumat anda, kebanyakan model Toyota dan Honda menawarkan ciri dashcam terus dari kilang. Cumanya untuk mereka yang betul-betul mahukan dashcam yang terkini sepanjang masa, peranti tersebut agak sukar untuk dicabut.

Proton Persona & Iriz 2022 masih tiada ADAS tapi satu ciri ini setiap kereta 'wajib' ada! 06

Jadi dengan adanya port USB di behagian cermin pandang belakang, pengguna dapat membeli dashcam pilihan mereka yang mana ia lebih memuaskan hati. Lagipun, setiap tahun akan keluar dashcam yang lebih baru dan lebih canggih.

Juga bacaSpesifikasi dashcam yang wajib ada dalam kereta anda

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda