window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200!

Haris · Aug 5, 2021 11:25 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya 3 varian yang ditawarkan setelah menggugurkan pilihan transmisi manual iaitu:

Varian Harga dengan SST* Harga tanpa SST*
Standard RM 45,800 RM 45,200
Executive RM 50,800 RM 50,100
Premium RM 55,800 RM 54900

*harga Semenanjung Malaysia, rujuk penasihat jualan untuk harga Malaysia Timur

Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200! 01

Pilihan trenkuasa dikekalkan untuk Proton Persona facelift 2021 dengan 1.6 liter VVT (109 PS, 150 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Tiada sebarang perubahan pada aspek mekanikal di mana kemaskini lebih berkisar terhadap aspek rekaan dan interior.

Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200! 02

Pada bahagian luar, perincian paling menonjol adalah penggunaan logo Proton baharu yang disematkan pada gril Infinite Weave yang diperkemas. Rekaan bumper bawah hadapan juga menerima sentuhan semula disamping penggunaan rim aloi 16-inci baharu (untuk varian Executive ke atas) melengkapkan lagi rekaan facelift secara luaran.

Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200! 03

Perincian lain yang memberi kelainan kepada Proton Persona facelift ini adalah lampu ‘smoke’ depan dan belakang yang sedikit gelap (dilaporkan untuk varian Premium sahaja). Lampu kabus belakang di bahagian tengah juga turut digugurkan.

Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200! 04

Bergerak ke bahagian kabin dalaman pula, lebih banyak naik taraf yang ditawarkan antaranya adalah warna baru, sistem infotainment jenis terapung, kawalan suara untuk penyaman udara dan tingkap serta perehat lengan pada konsol tengah.

Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200! 05

Soket kuasa USB untuk sambungan dashcam 

Pakej keselamatan standard Proton Persona terdiri daripada brek ABS dengan EBD, ESC, HHA, 6 beg udara dan kamera pandang belakang. Markah 5 bintang ASEAN NCAP masih dikekalkan, walaupun Proton Persona tidak menawarkan sebarang pakej bantuan pemandu ADAS.

Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200! 06

5 warna yang ditawarkan untuk model Proton Persona facelift ini adalah seperti berikut:

Warna Standard Executive Premium
Snow White
Armour Silver
Jet Grey
Rosewood Maroon
Ruby Red
Space Grey

Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200! 07

Dengan kenaikan harga yang sangat minimum, naik taraf yang diberikan untuk Proton Persona ini memberikan lebih nilai kepada wang yang dikeluarkan pembeli. Pakej yang ditawarkan bersama-sama Proton Persona adalah seperti berikut:

Pakej Perincian
Warranti 5-tahun / 150,000 km (mana satu datang dahulu)
Servis 3x servis percuma
Data* 1 GB / bulan untuk 5 tahun

*hanya untuk Proton Iriz Active dan Proton Persona Premium

Sentuhan baharu pada Proton Persona ini dijangka akan meningkatkan lagi daya saing terhadap model sedan segmen B yang lain.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda