window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga?

Haris · Aug 6, 2021 03:00 PM

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 01

Proton Persona facelift 2021 baru sahaja dilancarkan bersama-sama Proton Iriz. Duo model segmen B ini menampilkan beberapa perubahan kecil untuk kekal kompetitif. Ketika Proton Iriz menerima perubahan radikal dengan bentuk crossover dalam bentuk Iriz Active, Proton Persona pula menerima kemaskini yang lebih sesuai dengan sasaran pasarannya iaitu keluarga.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 02

Proton Persona generasi kedua, dilancarkan tahun 2016

Model facelift pertama telah ditawarkan pada tahun 2019, 3 tahun selepas pelancaran Proton Persona generasi kedua. Facelift pertama telah membawakan gril Infinite Weave pada sedan segmen B ini namun ketika itu logo Proton bulat 'Thundercat' masih belum dilancarkan.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 03

Proton Persona facelift tahun 2019

Ketika Proton Iriz menerima saingan hebat dalam segmennya, Proton Persona terus berkembang dan semakin popular. Ia sentiasa berada di kedudukan nombor 1 dalam kategori sedan segmen B dan merupakan model kedua terlaris Proton pada tahun 2020 di belakang Saga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh yang demikian, mari kita semak apa perbezaan antara model Proton Persona facelift ini dengan model lama.

Harga dan varian - tiada lagi manual

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 01

Perkara paling utama yang perlu diketahui adalah Proton Persona telah menggugurkan transmisi manual. Hal ini bermakna, barisan varian telah dikurangkan daripada 4 varian menjadi 3 varian.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 02

Tiada tempat untuk manual secara komersial

Sekiranya anda masih bercita-cita untuk model Proton Persona manual, satu-satunya pilihan yang adalah untuk meninjau pasaran terpakai.

Perbandingan harga Proton Persona
Varian Pra-facelift (MC1) Facelift (MC2)*
1.6 Standard RM 44,600 RM 45,200
1.6 Executive RM 49,600 RM 50,100
1.6 Premium RM 54,600 RM 54,900

*Harga tidak termasuk SST, sah sehingga 31-Disember 2021

Kesemua barisan varian menerima kenaikan harga yang sangat minimal, malah varian mercu iaitu Premium hanya berbeza RM 300 sahaja berbanding model lama.

Oleh itu, apa yang bakal anda dapat dengan kenaikan harga minimal ini?

Rekaan luar - lebih mempersonakan

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 03

Sekali pandang, Proton Persona facelift 2021 boleh dibezakan dengan penggunaan logo bulat Proton 'Thundercat'. Logo ini membuat penampilan pertama pada Proton X70 CKD namun hanya mendapat tempat pada Proton Persona dalam edisi facelift kali ini.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 04

Kemaskini rekaan fasia depan memperlihatkan bumper bawah yang lebih besar, gril yang diperkemas di samping rekaan lampu kabus yang moden, sesuai dengan peredaran zaman.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 05

Bumper depan baru Proton Persona ini juga dikongsi dengan Iriz. Lampu siang (DRL) tidak lagi berada dalam lingkungan perumah tetapi direka semula supaya kelihatan lebih menonjol.

Bandingkan: Imej render Proton Persona facelift 2021, cukup dengan kemaskini kecil?

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 06

Varian premium menerima beberapa tambahan seperti lampu depan LED, kemasan bumbung hitam, dan rim 16-inci baru. Hanya varian Standard sahaja yang dilengkapi dengan rim 15-inci manakala selebihnya menggunakan rim 16-inci.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 07

Bergerak ke bahagian belakang, kesemua rekaan masih dikekalkan kecuali lampu kabus pada bahagian tengah telah digugurkan pada model facelift 2021. Inilah sebabnya ia 'facelift' dan bukannya 'buttlift'.

Lampu hadapan dan belakang untuk varian Premium dikatakan hadir dengan efek 'smoke' yang lebih gelap namun perkara ini perlu dilihat semula secara fizikal.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 08

Kapasiti ruangan but untuk Proton Persona kekal pada 510 liter. Walaupun bukan kapasiti yang terbesar dalam kelasnya (Honda City paling besar dengan 519 liter) tetapi pada julat harga ini, sekurang-kurangnya ia mampu memuatkan banyak barang-barang. Hanya golongan berkeluarga sahaja yang tahu kepentingan aspek ini.

Rekaan dalaman - Tampil selesa seperti model SUV

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 09

Melangkah masuk ke bahagian dalam, perkara pertama yang menarik perhatian adalah papan pemuka yang direka semula, atau secara lebih tepat, konsol tengah yang direka semula. Skrin sesentuh 8-inci jenis terapung diletakkan pada bahagian tengah papan pemuka, sama seperti Saga dan Iriz.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 10

Varian Standard menerima radio ini

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 11

Corong penyaman udara yang dahulunya berada pada bahagian sisi paparan skrin infotainment juga telah diposisikan semula menjadi lebih sesuai untuk dihala ke bahagian tengah. Butang untuk lampu amaran dan kunci pintu juga diposisikan semula menjadi pembahagi corong udara.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 12

Ciri standard pada semua varian Persona baru adalah penyaman udara digital. Walaupun tiada kawalan iklim automatik kerana penyesuaian suhu masing dilakukan secara manual, paparan digital ini memberikan suasana yang lebih premium. Penyaman udara ini juga dilengkapi dengan penapis N95.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 13

Kerusi kulit berwarna coklat yang hanya tersedia untuk varian Premium menambah nilai premium pada Proton Persona facelift ini. Varian Standard dan Executive hanya disudahi dengan lapisan fabrik gelap.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 14

Kemaskini warna coklat beige untuk komponen kabin kepada warna hitam seperti gambar di atas sangatlah dialu-alukan. Pemilihan warna yang lebih tepat ini juga merupakan bukti bahawa Proton mendengar maklum balas pelanggan.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 15

Tiada lagi lambang Proton lama pada bahagian stereng, roda kemudi ini kini menggunakan logo Proton bulat beserta rekaan stereng bertingkat yang lebih kemas.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 16

Proton Persona facelift 2021 juga dilengkapi dengan penyandar tangan pada bahagian konsol tengah yang merupakan suatu anugerah apabila memandu pada jarak jauh. Suatu lagi ciri di mana Proton mendengar keluhan pengguna.

Ciri kelengkapan - Tiada pautan Apple Carplay atau Android Auto

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 17

Walaupun sistem infotainment telah direka semula dengan rekaan jenis terapung, Proton masih belum memberi fungsi Apple Carplay dan Android Auto kepada kesemua barisan model mereka.

Baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 18

Masih ada berita baik, beberapa peningkatan pada arahan suara Proton Persona kini mampu mengawal bukaan tingkap kuasa dan penyaman udara. Sebelum ini, 'Hi Proton' hanya dapat memainkan lagu dan mengatur navigasi sahaja.

Pujian ditujukan kepada Proton apabila ciri-ciri yang diperkenalkan pada Proton X50 dan X70 yang lebih mahal dibawa ke model Proton yang lebih berpatutan.

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 19

Terdapat 6 pengecas USB di dalam Proton Persona facelift 2021. Berikut adalah pecahan tempat dan sambungannya:

Jumlah Tempat
3 Bahagian hadapan
2 Konsol tengah untuk penumpang
1 Belakang cermin pandang belakang

1 pengecas USB pada bahagian belakang cermin pandang belakang dipercayai disediakan untuk kegunaan dashcam. Bagus kan?

Trenkuasa - Kesemua spyshot pandu uji untuk apa? 

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 20

Sama seperti model pra-facelift, semua varian Persona dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.6 liter (109 PS/150 Nm). Ketiadaan transmisi manual 5-kelajuan menyaksikan satu pilihan transmisi sahaja: automatik CVT dari Punch.

Baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 21

Gear rendah ditukar untuk mod sukan di facelift

Proton mendakwa bahawa ini talaan transmisi CVT ini telah berubah sedikit. Transmisi "yang dipertingkat" ini menawarkan nisbah 5-gear maya dan pilihan mod pacuan - pemandu kini dapat memilih sama ada untuk memandu dalam mod Eco atau mod Sport.

Oleh sebab itulah gambar intipan Proton Persona dan Proton Iriz berleluasa sebelum ini.

Keselamatan - 5 bintang ASEAN NCAP tapi tiada ADAS

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 22

Sama seperti kembar hatchback, Proton Persona masih mengekalkan penilaian 5 bintang ASEAN NCAP. 

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 23

Sekiranya Proton Persona dinilai berdasarkan "silibus" baru protokol 2021-2025 seperti Perodua Ativa, ia mewajibkan kenderaan baru untuk menawarkan satu bentuk ciri keselamatan yang menitikberatkan keselamatan individu di luar kenderaan. Ketiadaan ADAS memberi kemungkinan bahawa penilaian ASEAN NCAP untuk Proton Persona tentunya lebih rendah.

Berikut adalah senarai ciri keselamatan pada Proton Persona:

Ciri keselamatan Proton Persona facelift 2021
Varian Standard Executive Premium

ESC

ABS
Beg Udara 4 4 6
Kamera
Belakang
ISOFIX
HHA

Tidak perlu terlalu kritikal terhadap penilaian ASEAN NCAP, pembeli tentunya merasa selamat dengan ciri-ciri yang disenaraikan.

Konklusi

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 24

Dengan peningkatan harga yang sangat sedikit, nilai yang diberikan oleh Proton Persona facelift 2021 sangatlah banyak pada harga yang ditawarkan. Tidak hairanlah jika ia akan menjadi pilihan pembeli - tanpa perlu berkira-kira atau berfikir dengan lebih kritikal. 

Proton Persona facelift 2021 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga? 25

Lagipun, tiada sedan segmen B lain yang mampu menandingi harga tersebut. Oleh itu, inilah suatu nilai yang paling berbaloi bagi pembeli.

Jika anda menjangkakan lebih banyak peningkatan pada Proton Persona, anda boleh menunggu untuk model generasi baharu. Sanggup?

Baca: Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda