window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik?

Haris · Aug 18, 2021 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 01

Oleh yang demikian, ini adalah panduan servis, kos servis serta kos pemilikan bagi mereka yang berminat untuk memiliki sebuah Proton Persona facelift 2021. Ianya tidaklah begitu membebankan, malah mungkin lebih murah berbanding sedan Jepun yang menjadi pesaing kepada Proton Persona.

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 02

Seperti model Proton bernadikan Campro yang lain, Proton Persona memerlukan penggantian minyak pertamanya pada sela jarak 1,000 km pada kos RM 121.08. Barang yang perlu diganti semasa servis pertama ini termasuklah minyak enjin, penapis minyak enjin, dan gasket palam buangan.

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 03

Untuk sela jarak tempuh servis yang seterusnya pula, Proton Persona memerlukan pertukaran minyak pada setiap selang 10,000 km / 6 bulan.

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 04

Kos servis telah meningkat sedikit berbanding sebelumnya kerana Proton kini telah menyertakan penapis kabin N95 sebagai barang yang perlu diganti pada selang 20,000 km / 12 bulan, serta penggantian bendalir penyejuk radiator (radiator coolant) pada setiap 30,000 km / 18 bulan.

Baca: Proton Persona facelift 2022 - perbezaan baru vs lama, semakin mesra keluarga?

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 05

Servis paling mahal adalah pada ketika sela 60,000 km / 36 bulan, servis major. Pemilik diminta untuk menggantikan palam pencucuh, minyak enjin, penapis udara, dan cecair transmisi semasa perkhidmatan ini.

Kos sekitar RM 917.40 diperlukan untuk melayani CVT pada sela ini - sekarang termasuk dengan penggantian bendalir penyejuk radiator.

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 06

Sama seperti Iriz, Proton juga telah menggugurkan varian manual untuk Proton Persona facelift 2022 ini. Walaupun begitu, jadual penyelenggaraan untuk transmisi manual masih dibekalkan untuk tatapan pemilik yang lain, sekiranya ada yang membaca artikel panduan ini.

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 07

Seperti model CVT, kos servis untuk Proton Persona versi manual juga meningkat.

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 08

Selain itu, Proton juga dilihat telah menukar penggantian tali sawat (timing belt) ke sela jarak 110,000 km / 66 bulan, yang berharga RM 633.84 untuk varian CVT dan manual Persona.

Baca: Mana satu lagi bagus? Timing chain atau timing belt?

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 09

Dalam jangka masa 5 tahun / 100,000 km, pemilik varian CVT Persona perlu membayar sebanyak RM 3,583 untuk penyelenggaraan kereta, sementara varian manual sedikit lebih murah, pada harga RM 3,220. Walaubagaimanapun, ini kos peyelenggaraan manual sebenarnya meningkat RM 532 lebih banyak dari sebelum ini kerana perlu menggantikan bendalir penyejuk radiator dan penapis kabin N95.

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 10

Perlu diingatkan bahawa harga ini tidak termasuk penggantian tali sawat (timing belt) pada jarak 110,000 km dan beberapa pilihan tambahan yang ditawarkan oleh pusat servis Proton.

Proton Persona facelift 2022 - kos servis RM 3.6k untuk 5 tahun/100km, mampu milik? 11

Melihat bahawa varian Persona 1.6 Executive dan 1.6 Premium kini memakai tayar 16-inci, perlu diperhatikan bahawa harga saiz tayar ini biasanya berlegar sekitar RM 200.

Harga tayar 15-inci varian Standard 1.6 biasanya adalah sekitar RM 150.

Baca: Jenama & model tayar kereta terbaik mengikut jenis untuk saiz 13 hingga 17 inci!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda