window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil!

Haris · Feb 3, 2023 08:00 PM

Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil! 01

  • 11,681 unit dijual pada bulan Januari adalah permulaan terbaik sejak 2013
  • Tiga model Proton termasuk Proton Persona mendahului segmen

Dua belas bulan selepas isu bekalan berkaitan banjir menyekat jualan pada awal tahun 2022, pengeluar kereta nasional Proton menikmati permulaan tahun terbaiknya sejak 2013. Jualan telah meningkat sebanyak 162.3% dari tahun ke tahun dengan 11,681 unit (domestik dan eksport) dijual pada bulan Januari 2023, membenarkan syarikat mengekal tempat kedua dalam jadual jualan dengan selesa.

Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil! 02

Pegangan pasaran Proton untuk bulan Januari dianggarkan 22.9%, satu peningkatan lebih daripada 12% dari tahun ke tahun dan pertambahan lebih 3% daripada pegangan pasaran sebanyak 19.6% untuk keseluruhan tahun 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jumlah keseluruhan volum industri (TIV) untuk bulan Januari dianggarkan pada 51,000 unit, iaitu peningkatan sebanyak 22.8% dalam jumlah jualan kenderaan.

Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil! 01

Kekurangan bekalan komponen menjejaskan pengeluar-pengeluar kereta pada tahun 2022 dan bagi Proton, jualan Proton Persona terjejas teruk akibat kekurangan cip.

Dengan bekalan cip kini lebih stabil, jumlah jualan Persona telah meningkat semula menyebabkan model itu kembali ke tempat tertinggi untuk jualan sedan segmen-B. Sebanyak 2,039 unit telah dijual pada bulan Januari dan ini merupakan bulan kedua berturut-turut model itu melebihi ambang 2,000 unit.

Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil! 02

Proton X50 merupakan SUV paling popular negara pada tahun lepas dan model itu meneruskan trendnya pada tahun baharu ini. Dengan 2,992 unit terjual pada bulan Januari, ia kekal di tangga teratas carta jualan segmen-B dan keseluruhan SUV, membuktikan popularitinya berkekalan lebih daripada dua tahun selepas ia dilancarkan.

Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil! 03

Proton X70 pula memperolehi 993 unit bulan lepas, meletakkannya di tempat kedua dalam segmennya. Bagi model Proton yang lain, Proton Saga merupakan model terlaris dengan 4,788 unit dijual manakala jualan Proton Iriz melonjak sebanyak 111% dari tahun ke tahun untuk mengakhiri bulan dengan 597 unit dijual. Proton Exora pula mengekalkan kedudukan sebagai raja MPV segmen-C apabila 332 unit telah dijual bulan lepas.

Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil! 04

“Proton telah menikmati permulaan yang baik untuk tahun 2023 dan walaupun peratus pertumbuhan berbanding bulan Januari 2022 dibesar-besarkan oleh angka jualan yang lemah pada tahun lepas, ia tidak boleh diabaikan bahawa bulan Januari ini adalah yang terbaik bagi kami sejak tahun 2013.

"Kami menjangkakan aliran ini akan berterusan untuk suku pertama tahun ini kerana kami mesti memenuhi pesanan tertunggak yang dikecualikan daripada SST menjelang 31 Mac.

Proton Persona kembali mendahului segmen bulan Jan 2023, bekalan cip semakin stabil! 05

Proton X50 Flagship

“Memandang ke hadapan untuk baki 2023, walaupun sentimen pasaran menganggarkan TIV akan surut daripada rekod baru jumlah jualan pada tahun lepas, Proton optimistik akan berjaya mencapai penumbuhan untuk tahun ke lima berturut-turut.

"Dengan fasiliti baru yang akan beroperasi di kilang Tanjung Malim, penambahan kepada rangkaian jualan, pelaburan infrastruktur mengecas EV dan penambahan model konvensional dan EV kepada barisan model Proton, kami yakin akan mampu mencapai keputusan yang positif pada akhir tahun,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Baca: Proton kini No.6 di Asia Tenggara, sasar sebagai jenama 'Top 3' di rantau menjelang 2027

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda