window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Persona terjunam dalam tasik, pemandu dipercayai tertekan pedal minyak, 2 maut

Zamil Syaheer · Mar 22, 2021 10:08 AM

Proton Persona terjunam dalam tasik, pemandu dipercayai tertekan pedal minyak, 2 maut 01

Wanita warga emas dan anak perempuannya lemas selepas Proton Persona yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang, Bandar Baharu, kira-kira 120 kilometer dari Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur berkata, dalam kejadian pada 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Hasmah Mat Isa, 69, dan anaknya Noraiza Hashim, 28.

"Siasatan awal mendapati, kereta itu berada di kawasan parkir tasik berkenaan sebelum pemandunya dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu bergerak ke depan lalu meluncur masuk ke dalam tasik. Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum lemas," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Persona terjunam dalam tasik, pemandu dipercayai tertekan pedal minyak, 2 maut 01

Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan dengan bantuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BPP) Serdang dengan dibantu oleh BBP Selama, Perak dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat Hasmah berjaya dibawa keluar oleh Pasukan PPDA pada 8.40 malam manakala mayat anaknya pada 8.59 malam tadi.

Proton Persona terjunam dalam tasik, pemandu dipercayai tertekan pedal minyak, 2 maut 02

"Sementara Proton Persona itu dibawa naik ke permukaan pada 11 malam tadi," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Sumber berita: Harian Metro

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda