window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Preve salah guna lampu strob polis tular, rupanya dipandu kawan bukan pemilik!

Haris ยท Mar 23, 2022 11:00 AM

Proton Preve salah guna lampu strob polis tular, rupanya dipandu kawan bukan pemilik! 01

Polis telah memburu dan mengesan pemilik kepada kenderaan Proton Preve yang tular akibat menggunakan lampu strob polis dalam sebuah rakaman video.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya. Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut berlaku pada 6.30 petang, 23 Februari lalu

"Pemilik kereta sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk dirakam percakapan. Namun pemilik mendakwa kenderaannya dipandu individu lain ketika kejadian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Polis akan mendapatkan maklumat mengenai pemandu itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Proton Preve salah guna lampu strob polis tular, rupanya dipandu kawan bukan pemilik! 01

Tangkap layar kejadian

Sebelum ini, sebuah Proton Preve berwarna perang telah dirakam menggunakan lampu strob polis untuk mengelak kesesakan jalan raya. Pemandu tersebut juga turut membuka lampu amaran kenderaan untuk kelihatan lebih dekat dengan kenderaan penguatkuasa.

Tindakan yang dilihat seolah-olah menyamar sebagai pihak berkuasa sememangnya menyalahi undang-undang.

Mohamad Fakhrudin menambah lagi, siasatan dijalankan mengikut Kaedah 94 Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dan Peraturan 24(ii) 170/59.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi video dan gambar yang boleh menimbulkan keresahan serta kegusaran orang awam.

Baca: Video: Pukul warga asing naik basikal, pemandu Proton Wira biru kini diburu polis!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda