Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung

Faisal · Aug 29, 2021 06:00 PM

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 01

Proton Putra merupakan ciptaan Proton yang paling anggun pernah dihasilkan. Malah, ramai pihak berpendapat bahawa ia antara Proton terbaik yang pernah dikeluarkan. Namun begitu, produksinya hanya beransur selama 4 tahun sahaja iaitu dari tahun 1996 hingga 2000.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 02

Disebabkan itu, Proton Putra sering dianggap lebih istimewa berbanding legenda-legenda Proton yang ada ketika itu. Secara tidak langsung, harga di pasaran terpakai juga lebih tinggi berbanding model Proton lain. Apapun, perkara ini tidak menghairankan kerana ia adalah satu-satunya coupe Proton, kiranya sportscar Proton la.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 01

Untuk itu, mari kita lihat 8 sebab kenapa Proton Putra begitu disanjungi dalam kalangan sejarah automotif tempatan.

1. Kembarnya dijual di Amerika sebagai Dodge

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 02

Kalau anda nak tahu, bukan Proton sahaja yang ambil Mitsubishi Mirage Asti dan gantikannya dengan logo milik sendiri. Tiga tahun sebelum Proton Putra diperkenalkan, syarikat Dodge terlebih dahulu telah menjalinkan kerjasama dengan Mitsubishi.

Chrysler juga tidak terkecuali. Hasilnya, Mitsubishi Mirage Asti juga dijual di pasaran Amerika sebagai Plymouth ataupun Eagle. Apapun, kedua-dua jenama karam sebelum tibanya zaman milenium.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 03

Eagle Summit Coupe.

Untuk maklumat anda, sambutan Dodge Colt/Plymouth Colt dan Eagle Summit agak hambar kerana ia dianggap sekadar kereta bajet sahaja.

Juga bacaSuatu ketika dahulu, Proton dan Dr. Mahathir ditipu untuk urus-janji ekspot AS

2. Proton Putra dipasang sekali dengan Citroen Xantia

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 04

Proton Putra sebenarnya dibuat di kilang sama yang menghasilkan Citroen Xantia, iaitu antara kereta Perancis paling futuristik pernah dijual di Malaysia. Bagi anda yang belum tahu, Proton Wira dan Iswara dibuat di kilang Proton di Shah Alam, manakala Putra pula dipasang di Pekan, Pahang.

Juga bacaCitroen Xantia – penaklukan kereta Perancis, ini 3 sebab kenapa ia ‘hangat’ di Malaysia

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 05

Kilang di Pekan sewaktu Proton Tiara dipasang. (Kredit: Zunairi Zakaria)

Kilang yang dimiliki oleh DRB-HICOM itu dahulunya dikenal sebagai Automobile Manufacturers Malaysia (AMM) Sdn Bhd. Selain Putra, model-model awal untuk Satria, Wira Aeroback, dan Tiara juga dipasang di kilang tersebut.

Juga bacaProton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa?

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 06

Oleh kerana itu, model yang dibina dari kilang itu dijual secara berasingan di bawah pengedar USPD (Usahasama Proton DRB). Model yang dipasang oleh kilang Proton di Shah Alam pula dijual oleh EON. Tidak lama selepas itu, Proton Edar ditubuhkan bagi menggabungkan kedua-dua pengedar tersebut.

3. Enjin 1.8L yang menjadi dambaan para ‘tuner’

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 07

Proton Putra diperkenalkan dengan enjin 4G93P 1.8L DOHC 16 injap yang menghasilkan 140 PS dan 164 Nm tork. Kelajuan tertinggi pula mampu mencecah 220 km/j. Harganya ketika itu ditawarkan pada RM 68,887. Kalau anda nak tahu, Proton menyasarkan jualan bulanan sehingga 210 unit.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 08

Sebagai sportscar yang berharga mampu milik, sambutan Proton Putra cukup menggalakkan. Malah, penerimaannya semakin meningkat apabila hadirnya Hyundai Coupe yang berharga sekitar RM 86,000.

Enjin tersebut kemudiannya beransur pada Satria GTi dan Wira 1.8 EXi (C995). Selain manual 5 kelajuan, transmisi automatik 4 kelajuan juga turut ditawarkan.

Juga bacaProton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu

4. Putra ada nama lain di pasaran luar negara

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 09

Selain di tanah air sendiri, Proton juga mahu menunjukkan kehebatan mereka di persada dunia. Dalam era 90-an, Proton mulakan eksport mereka ke pasaran Eropah Barat seperti Jerman dan Perancis. Di sana, Satria dan Wira masing-masing dikenal sebagai 300 dan 400 Series.

Juga bacaProton Satria Cabriolet – convertible cantik lagi menarik

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 10

Lampiran Proton 418 di Jerman. (Kredit: Muhd Hamka).

Begitu juga dengan Putra yang mana ia memakai nama 418. Namun begitu, usaha Proton dalam pasaran Eropah yang pandu belah kiri tidak menggalakkan langsung. Perkara ini menyebabkan mereka menarik diri sepenuhnya, iaitu pada lewat tahun 90-an.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 11

Untuk pengetahuan anda, pasaran Australia juga tidak menggunakan nama Putra. Di sana, ia dipanggil sebagai Proton M21, iaitu kod nama Putra sendiri. Walaupun ulasan yang mereka beri sangat positif, ia masih tidak cukup untuk meyakinkan pembeli di sana.

5. Putra spec UK ada varian Evolution

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 12

Kerjasama Proton dengan Mitsubishi bukanlah sesuatu yang asing tetapi pengedar Proton di Britain mengorak satu langkah kehadapan dengan menawarkan varian yang cukup istimewa dalam kalangan peminat tegar.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 13

Umumnya, Putra di negara UK dikenal sebagai Persona Coupe ataupun Coupe tetapi pada tahun 1999, Proton UK memperkenalkan Proton Coupe Evolution 16v.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 14

Model yang eksklusif untuk pasaran UK ini datang dengan kit badan istimewa, rim Momo bersaiz 15 inci, roda stereng Momo, dan kerusi bucket Recaro N-Joy. Selain itu, enjinnya dinaik taraf ke 150 PS. Malangnya, yang masih ada pada hari ini barangkali tinggal 5 sahaja.

Juga bacaProton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!

6. Ada versi lumba di pasaran UK

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 15

Pelancaran varian Evolution sebenarnya tidak cukup menaikkan imej Proton di UK. Apa yang mereka perlukan adalah sukan permotoran.

Juga bacaPengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 1

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 16

Sebelum bertanding dalam perlumbaan British Touring Car Championship, Proton memperkenalkan Proton Coupe Cup pada tahun 1998. Ia menggunakan asas Coupe Evolution tetapi dengan beberapa modifikasi untuk membentuk senjata di litar perlumbaan. Beratnya pun hanya 950 kg.

Juga bacaPengembaraan Proton dalam BTCC – Bahagian 2

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 17

Kredit: UK Spec Proton.

Malangnya, persaingan tersebut hanya bertahan satu tahun sahaja walaupun sudah beberapa kali dikemaskini. Menariknya, beberapa unit masih ada di UK tetapi ia hanya dibenarkan untuk litar sahaja.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 18

Kredit: UK Spec Proton.

Malah, kereta yang tinggal juga sempat bertanding dalam beberapa siri perlumbaan yang mana sesetengahnya menjadi juara kejohanan yang diceburi.

7. Putra hampir bertanding dalam perlumbaan rali WRC

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 19

Selain berlumba di litar, Proton juga berminat dalam dunia rali. Memandangkan mereka ada sejarah yang kuat dengan Wira dan Iswara PERT, agak logiklah kalau mereka juga mensasarkan Putra ke World Rally Championship.

Juga bacaBarang Rare: Proton Wira PERT AWD Turbo untuk dilelong!

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 20

Untuk itu, Proton telah bekerjasama dengan Prodrive untuk menghasilkan jentera rali berasaskan Putra. Enjin 4G93 yang ada dinaik taraf ke kapasiti 2.0L dan turbo anti-lag yang mana hasilnya dapat menghembuskan 304 PS dan 400 Nm tork.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 21

Walaupun sudah bersedia untuk membuat debut pada WRC musim 1998, projek tersebut dihentikan secara sekelip mata. Apapun, satu prototaip telah dihasilkan. Ia dijaga dengan rapinya di bawah Proton Motorsports.

Juga bacaIni kisah Proton Putra Rali! Siapa kata Proton buang sejarah?

8. Jualan Putra semakin menjadi-jadi setelah keluarannya dihentikan sepenuhnya

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 22

Tiara bukan main laku lagi. Orang ramai juga lagi suka Putra versi automatik. (Kredit: Midnite Oil).

Proton Putra telah dianggap sebagai kereta klasik tempatan setelah keluarannya dihentikan pada tahun 2000. Disebabkan itulah ia kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 23

Model 2004 nampak lebih anggun. (Kredit: Wikipedia).

Menariknya pada tahun 2004, Proton membuka jualan Putra semula bagi menghabiskan stok yang tinggal. Walau bagaimanapun, ia tidak lagi datang dengan kerusi Recaro, roda stereng dan tombol gear Momo. Sebaliknya, ia hadir dengan spec Proton yang lebih konvensional .

Konklusi

Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung 24

Rim warna emas dah nampak macam Subaru Impreza WRX.

Walaupun keluarannya hanya sekejap, Putra tetap dianggap sebagai salah satu daripada ciptaan Proton dan kereta tempatan yang paling agung pernah dihasilkan.

Juga bacaKereta Proton dalam era sebelum Geely – 5 terbaik dan 5 terburuk

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru