window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu

Zamil Syaheer · Jul 17, 2020 11:30 AM

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 01

Minggu lepas Proton baru saja melancarkan Proton Saga Edisi 35 Tahun bagi meraikan Proton Saga pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. Ada yang sukakannya, dan macam biasa ada saja ‘haters’ tegar Proton yang tak cukup jari mengutuk Proton dek kerana rasakan Saga Edisi 35 Tahun hanyalah ‘diubahsuai’ dengan aksesori tambahan yang boleh dibeli di kedai 'Abang' (Brother’s).

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 02

Macam ni je?

Kami tak kata kami setuju seratus peratus, tetapi kalau anda rajin mengikuti perkembangan Proton sejak awal penubuhannya, mereka pernah mengeluarkan model-model yang jauh lebih garang, menarik dan padu, antaranya Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXi LE.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketiga-tiga model ini membuatkan Saga Edisi 35 Tahun ini tampak ‘meh’ sahaja. Mari kita imbas semula apa yang membuatkan tiga jaguh ini begitu istimewa.

Proton Putra 1.8 EXi DOHC (C99D) – 1996 ke 2001

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 01

Direka bagi memenuhi permintaan pasaran sportscar kelas sederhana, Proton Putra 1.8 EXi DOHC diperkenalkan pada lewat tahun 1996 oleh Proton, dua tahun selepas Satria dilancarkan.

Model Satria begitu popular di kalangan golongan muda ketika itu yang inginkan hatchback yang sporty, secara tak langsung menimbulkan tanda tanya adakah Proton akan mengenalkan varian coupe.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 02

Mitsubishi Mirage Asti. Sama tapi bukan serupa.

Ini kerana dalam keluarga platform Mitsubishi CB memang ada model dua pintu yang digelar Mirage Asti.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 03

Berbeza dengan Mirage Asti yang mempunya varian 1.3, 1.5 dan 1.6, Proton Putra ini datang dengan enjin 1.8 liter 4G93P (P untuk Proton) 4-silinder aspirasi natural dengan dual overhead cam (DOHC) EFi yang mampu menghasilkan 140 PS @ 5,500rpm dan tork 164 Nm @ 5,000 rpm.

Dengan berat 1,007 kg yang sangat ringan, Putra ini mampu mencapai kelajuan maksima 208 km/j.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 04

Dalamannya juga tidak kurang hebatnya. Putra datang standard dengan tempat duduk semi-bucket Recaro Enjoy dengan fabrik di keseluruhan trim yang lain disalut dengan kain Recaro, stereng Momo Daytona 4-batang dan tombol gear Momo.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 05

Justeru ini, model Putra ini diletakkan sebagai model teratas dalam keluarga Proton ketika itu dengan harga lebih daripada RM 65,000. Ia ditawarkan dalam transmisi manual dan juga automatik.

Sehingga kini, Proton Putra kekal sebagai model tunggal coupe dalam sejarah barisan keluarga Proton.

Proton Wira 1.8 EXi LE (C99S) – 1995 ke 1996

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 06

Proton Wira 1.8 EXi LE (atau dikenali dengan peminat sebagai Wira C99) dibina khas untuk untuk memenuhi keperluan homologasi FIA (badan berkanun sukan permotoran dunia) yang memerlukan sekurang-kurangnya 2,500 unit yang ditetapkan oleh World Rally Championship Group N.

Waktu produksi Wira 1.8 EXi LE juga hanya terhad kepada dua tahun. Pada masa itu, hanya 2,500 unit dibuat, dengan 2,450 unit warna Hitam Majorca, dan 50 versi RS dicat putih.

Terkenal dengan spoiler tiang gol, luarannya tampak seperti Wira yang telah diubahsuai dengan aksesori aftermarket seperti penambahan lampu kabus, lip depan, brek cakera depan belakang, rim AAC 5-bilah 14-inci dan ekzos tip berkembar.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 07

Namun apa yang membuatnya lebih mantap ialah kerangka badannya telah dikuatkan dengan penambahan 20 poin kimpalan sirat berganda (double stitch weld) di serata kerangka dan bar pengukuhan (reinforcement bar) bagi menguatkan struktur dan mengurangkan tahap lentur (body roll) ke jumlah yang minima.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 08

Sama seperti Putra, Wira 1.8 EXi LE C99 datang dengan enjin 1.8 liter 4G93P 4-silinder aspirasi natural menghasilkan 140 PS @ 6,500 rpm (1,000 rpm lebih tinggi) dan tork 167 Nm @ 5,500 rpm.

Hanya transmisi manual 5-kelajuan sahaja yang diperkenalkan oleh Proton, dan kesemuanya dipacu ke roda hadapan. Dengan gabungan ini, Wira 1.8 EXi LE C99 hanya mengambil masa 8.8 saat dari 0-100 km/j.

Michael Schumacher with Proton Wira C99

Juara Formula Satu 7-kali Michael Schumacher pun suka Wira C99 ok!

Interiornya pula datang dengan tempat duduk Recaro Enjoy semi-bucket dengan kain fabrik Recaro di keseluruhan trim, beserta stereng Momo Daytona 3-bilah dan tombol gear Momo.

Malah model ini juga datang dengan cruise control demi keselesaan ketika perjalanan jauh.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 10

Varian RS (Racing Spec) yang lebih ‘hardcore’ tidak dilengkapi dengan tempat duduk Recaro beserta fabrik trim yang sama serta stereng dan tombol gear Momo.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 11

Senang cerita, segala kelengkapan yang berat telah dibuang atau diringankan, termasuklah tingkap yang ditukar ke jenis manual dan bukannya elektrik. Hasilnya, varian RS ini hanyalah 1,030 kg sahaja.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 12

Malah untuk menjadikannya lebih kompetitif, ECU yang digunakan dalam versi RS masih lagi menggunakan circuit board MMC yang ditala oleh Proton Motorsport.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 13

50 unit model RS ini kebanyakkan dibeli oleh pasukan lumba kereta dan rali, jadi nak tengok atas jalan amatlah sukar sekali.

RS ini tiada rev cut mahupun speed cut, dan dikatakan mampu mencapai 9,000 rpm! Meternya pun menunjukkan bacaan 260 km/j. Senang cerita, ini memang betul-betul jiwa kering punya Wira.

Proton Satria GTI (C99M) – 1998 ke 2005  

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 14

Diperkenalkan pada tahun 1998 selepas pemerolehan 80% kepentingan dalam Lotus pada bulan Oktober 1996, Proton Satria GTI menggabungkan kemahiran teknikal dan input pembuat kereta British tersebut.

Hasilnya, Lotus telah menambah stabiliser bars di depan dan belakang serta brek yang lebih besar.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 15

Perubahan terbesar yang menjadikannya ikonik adalah reka bentuk eksterior yang lebih aerodinamik. Bahagian depannya menggabungkan gril, bampar dan airdam, digabungkan dengan slot penyejukan brek di samping lampu kabus kecil.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 16

Penampilan agresif ini dilengkapi kit overfender dengan rivet yang terdedah, ditambah pula dengan trim hitam di sisi yang datang dengan skrip 'GTi 16V' krom.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 17

Di bahagian belakang pula, penampilan sporty bersambung Satria GTi dengan reka bentuk tip ekzos berganda berbentuk petak yang unik, bersama dengan spoiler bumbung yang lebih besar. Juga dipasang sebagai standard adalah roda aloi 16 inci 6-bilah.

Memang Proton suka memakai tempat duduk jenama Recaro pada model prestasi atau sporty mereka, dan Satria GTi ini tidak terkecuali.

Bezanya ialah ia tidak datang dengan stereng dan tombol gear Momo, sebaliknya Proton menggantikan tombol gearnya kepada brushed aluminium, dan stereng 4-bilah.

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 18

Sama seperti Proton Putra dan Proton Wira 1.8 EXi LE, Satria GTi datang dengan enjin 1.8 liter 4G93P 4-silinder aspirasi natural dengan 140 PS @ 6,000 rpm dan tork 167 Nm @ 6,000 rpm.

Dengan berat 1,115 kg, ia mengambil masa 8.5 saat dari 0-100 km/j, dan mencapai tahap kelajuan maksima 210 km/j.

Walaupun Satria GTi bukanlah model terhad seperti Wira 1.8 EXi LE, bukan senang nak cari unit yang belum dimodifikasi dan dalam keadaan baik (macam Putra jugalah). Walau bagaimanapun, model ini masih mengekalkan harga yang tinggi di pasaran terpakai.

Konklusi

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu 19

Gambar ehsan Putra Owners Club.

Amacam? Ketiga-tiga model ini semuanya mempunyai aura dan gaya yang tersendiri di zaman kegemilangan prestasi Proton. Bagi kami, Proton Saga Edisi 35 Tahun ini tampak seperti produk yang direka tanpa jiwa, sebaliknya hanya seperti model biasa dengan kit penambahan aksesori dengan usaha ala kadar sahaja. 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda