window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L

Faisal · Jul 8, 2022 12:00 PM

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 01

Imej lakaran.

Seperti yang anda tahu, Proton lahir dengan kereta berbentuk sedan tapi dengan peralihan ke zaman SUV sekarang ini, barisan sedan mereka seperti tenggelam pula.

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 02

Geely Emgrand di pasaran China.

Menariknya, Proton kini sedang berusaha untuk menguatkan semula pengaruh sedan. Untuk makluman anda, kali terakhir mereka melancarkan sedan serba baharu adalah 6 tahun lepas.

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 03

Setakat ini, kami sudah tahu bahawa model sedan seterusnya nanti akan menggunakan asas dari Geely Emgrand baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaProton bakal menggunakan Geely Emgrand sebagai model CKD baru - ganti Persona atau Preve?

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 01

Adakah kita akan dapat versi pandu belah kanan untuk kabin yang serba cantik ini?

Bagi anda yang belum tahu, nama ‘S50’ yang disebutkan belum disahkan oleh Proton tetapi ia telahpun ditanda dagang. Lagipun, SUV X50 yang berplatform BMA juga menggunakan siri 50. Kalau X dah SUV, model S untuk sedan pun logik juga kan?

Juga bacaGeely Emgrand 2021 serba baru – Saiz macam Civic & Corolla Altis tapi mampu ke cabar?

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 02

Dari segi dimensi, Geely Emgrand sebenarnya lebih panjang daripada Proton Persona dan Preve tetapi jarak rodanya sama dengan Preve, iaitu pada 2,650 mm.

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 03

Ada kluster instrumen digital tapi dengan warna monokrom.

Untuk trenkuasa pula, Geely Emgrand menggunakan enjin 1.5L NA (114 PS, 147 Nm) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Apapun, perlu dimaklumkan bahawa Emgrand adalah sedan bajet Geely. Jadi, output trenkuasa yang konservatif ini agak memadai.

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 04

Tetapi dengan adanya pusat pemasangan enjin Proton yang baru, sedan ini mungkin tembus pasaran Malaysia dengan enjin 1.5L turbo 3 silinder.

Juga bacaEnjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja!

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 05

Dua variasi enjin 1.5L.

Lagipun, Timbalan CEO Proton sendiri sudah mengesahkan bahawa enjin 1.5 TGDi akan turut diguna pada model-model akan datang. Secara tidak langsung, enjin 1.5L turbo MPI juga mungkin diguna pada Proton S50.

Proton S50: Pengganti Persona/Preve akan guna platform BMA sama seperti X50, enjin 1.5L 06

Secara teknikal, enjin ini menghasilkan 150 PS dan 226 Nm tork, lebih bertenaga daripada mana-mana pesaing dalam segmen ini. Sebagai perbandingan, enjin 1.6L turbo pada Proton Preve sendiri hanya menghembuskan 140 PS dan 205 Nm tork.

Jadi kalau harganya berbaloi, mampukah Proton S50 rampas takhta Toyota Vios, Honda City dan Nissan Almera di pasaran kita? Sama-samalah kita tunggu.

Juga bacaProton buka pusat pemasangan engin yang baru di Tg Malim, pertama di luar China yang cipta nadi 1.5T 3 silinder Geely

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton S70 Executive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda