window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!

Mersita · Aug 2, 2021 11:59 AM

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain! 01

Jenama Proton cukup terkenal di pasaran antarabangsa sejak dari dulu lagi apabila model seperti Proton Saga mula diimpot ke negara luar seperti United Kingdom.

Kini, terbukti keistimewaan lencana Proton lama itu apabila sebuah Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition tampil juara dalam pertandingan Concours de l’Ordinaire di Hagerty Festival of the Unexceptional 2021 di Lincolnshire, Britain.

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemiliknya, Jon Coupland (30) berkata model dari tahun 1989 itu dibelinya pada tahun 2019 dan Proton Saga model Black Knight Edition miliknya itu ialah contoh terakhir yang masih wujud di Britain.Jon yang juga seorang anggota polis sememangnya seorang peminat kereta tegar sejak dari usia muda lagi.

Hagerty Festival of the Unexceptional meraikan kereta-kereta klasik biasa yang dahulunya pernah memenuhi jalanraya awam dan dimiliki oleh orang kebanyakan.

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain! 01

Festival yang dihadiri lebih dari 3,000 peminat kereta itu mempertandingkan 50 buah kereta, dinilai secara teliti dari pelbagai aspek bagi mencari kereta yang paling layak untuk dianugerahkan trofi Concours de l’Ordinaire.

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain! 02

Bercakap tentang asal-usul kereta ‘rare’ itu, Jon memberitahu pemilik asal Saga Black Knight ini sudah tidak memandu kereta tersebut disebabkan kesihatan kurang baik. Pemilik keduanya membeli kereta tersebut pada tahun 2017 dengan 3,600 batu (5,793.64 km) pada ‘mileage’nya sebelum menambah lagi 10,000 batu (16,093.44 km).

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain! 03

Jon, sebagai pemilik ketiga berkata dia tidak kerap memandu kereta ini dan mengeluarkannya hanya untuk acara seperti Hagerty Festival of the Unexceptional.

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain! 04

Tampil di tempat kedua dalam pertandingan Concours de l’Ordinaire itu ialah sebuah Peugeot 106 XN Graduate 1991 edisi istimewa, milik Danny Wilson. Danny menemui kereta itu di Facebook Marketplace pada Mac lalu dan membeli dengan harga £500 (~RM 2,936.03) sahaja.

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain! 05

Baca juga:

Mengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga dan Kilang EON, 9 Julai 1985!

Evolusi Proton Saga: Kebanggaan Malaysia atau potensi yang sia-sia?

Tun Mahathir ucap selamat ulang tahun ke 35 buat Proton Saga

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda