window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim?

Haris · Nov 29, 2021 07:00 PM

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 01

Ketika Proton membuka pintu gerbang ke Pakistan pada Disember 2020, keterujaan dan jangkaan tinggi terhadap model Proton Saga dan Proton X70 menjadi antara perhatian di Malaysia dan juga Pakistan. Walaubagaimanapun, kurang setahun kemudian, situasi nampaknya tidak begitu baik untuk harimau Malaysia tersebut.

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 02

Pertama sekali, terdapat gangguan dengan stok yang tersedia berikutan PKP di Malaysia yang tidak berkesudahan. Kemudian, terdapat kelewatan dalam memulakan projek pemasangan tempatan Proton Saga (CKD) di Pakistan. 2 isu ini telah membuatkan pembeli di Pakistan semakin kurang minat manakala luahan pelanggan dapat dilihat di laman Facebook Proton Pakistan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: PKP 3.0 jejas penghantaran CBU dan CKD Proton ke Pakistan, pelanggan gesa jalan penyelesaian

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 01

Ketika situasi Covid-19 dilihat beransur pulih dengan pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) bermula dan penghantaran mula dibuat kepada pembeli, nasib Proton di Pakistan nampaknya terjejas apabila rakan kongsinya, Al-Haj Automotive mengumumkan kenaikan harga Proton Saga di negara itu pada hujung minggu lepas.

Baca: Projek Proton Saga CKD Pakistan kini bermula, Proton X70 CKD bakal menyusul!

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 02

Menurut pengumuman tersebut, harga untuk Proton Saga telah dinaikkan sebanyak PKR 224,000 (~RM 5,400) untuk tiga varian tersebut. Perlu diingat bahawa kenaikan harga hanya menjejaskan Proton Saga manakala tiada pengumuman untuk Proton X70.

Hal ini agak mengejutkan kerana pemotongan harga telah diumumkan pada bulan Julai berikutan kelonggaran cukai duti yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakistan.

Baca: Proton Saga dan X70 CKD Pakistan turun harga, terpaksa tunggu Malaysia habis 'lockdown'!

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 03

Sebagai konteks, kenaikan harga ini bukan sahaja menjejaskan Proton Saga di negara ini. Sama seperti masalah ketersediaan unit yang terhad, isu ini berada sepenuhnya di luar kawalan Proton Pakistan.

Nilai matawang Rupee Pakistan yang lemah ditambah lagi dengan kos pengeluaran yang tinggi bermakna walaupun model dipasang secara tempatan, ia tetap mengalami kenaikan harga walaupun mempunyai rebat cukai yang menggalakkan.

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 04

Pakistan baru sahaja melancarkan City generasi lama untuk tahun 2021

Selain Proton, pengeluar kereta lain turut mengumumkan kenaikan harga bagi model mereka.

Tinjauan mendapati bahawa harga untuk model Toyota dinaikkan PKR 140,000 - 580,000 (~RM 3,300 14,000) manakala Honda City GM6 yang dilancarkan baru-baru ini menyaksikan harga dinaikkan PKR 130,000  - 195,000 (~RM 3,100 - 4,700).

Baca: Honda City generasi lalu (GM6) dilancar di Pakistan, ganti model GM2 berusia 12 tahun

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 05

Nilai matawang yang lemah memberi kesan kepada harga kereta di mana-mana sahaja di dunia malah, Malaysia tidak terkecuali. Cukup untuk mengatakan bahawa keterujaan awal yang dialami oleh Proton di Pakistan mungkin merudum semula namun jenama Proton masih diterima baik di sana.

Baca: Pasaran eksport lagi bertuah, Proton Saga versi CKD Pakistan ada 5 ciri yang Malaysia tak dapat

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 06

Proton Saga spesifikasi Pakistan dikuasakan oleh enjin 4-silinder bersesaran 1,299-cc yang lebih kecil untuk mematuhi undang-undang cukai tempatan. Namun, ia masih menghasilkan output kuasa yang sama seperti unit 1,332-cc pada Saga tempatan (96 PS/120 Nm) . Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Baca: Proton Saga R3 di Pakistan terima lebih 5,000 tempahan, terpaksa buat cabutan bertuah!

Proton Saga CKD Pakistan terpaksa naik harga RM 5k, isu dari Tanjung Malim? 07

Sementara itu, model Proton X70 di sana mendapat kuasa daripada enjin 3-silinder, 1.5 liter (177 PS/255 Nm) dan bukannya enjin 4-silinder 1.8 liter turbocaj (184 PS/300 Nm) seperti yang digunakan dalam Proton X70 tempatan. Unit yang lebih kecil juga ditawarkan pada Proton X70 spesifikasi Nepal dan Bangladesh serta model Proton X50.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda