window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga di Pakistan kini CKD, X70 bakal ikut jejak selepas 154 unit CBU terakhir dijual

Faisal · Oct 27, 2021 03:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Dr Arif Alvi, Presiden Pakistan, Saga merupakan model pertama Proton yang dipasang oleh Al-Haj Automotive, pengedar eksklusif Proton di Pakistan, iaitu di kilang produksi baharu mereka di Karachi yang dibina dengan kos sebanyak 20 juta Dollar Amerika (~RM 83 juta). Dengan kapasiti awal tahunan sebanyak 25,000 unit setahun, potensi jualan pasaran Pakistan menjadikan ia kritikal bagi rancangan Proton untuk berkembang di pasaran eksport di masa hadapan.

Proton Saga di Pakistan kini CKD, X70 bakal ikut jejak selepas 154 unit CBU terakhir dijual 01

Bercakap di dalam majlis tersebut, Hilal Khan Alfridi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Al-Haj Automotive berkata, “Kejayaan pemasangan Proton Saga di Pakistan merupakan kemuncak kerja keras dan usaha yang tidak kenal penat lelah oleh Proton, keseluruhan pasukan Al-Haj dan pembekalnya. Walaupun dengan segala kesukaran dalam penguatkuasaan menangani Covid-19, kami terus berusaha untuk membina kilang baharu dan dengan itu, kami yakin ia akan mencatatkan piawaian industri baharu dan membolehkan kami untuk memperkenalkan lebih banyak produk yang menepati piawaian kualiti antarabangsa yang ditentukan oleh pihak Proton.”

Proton Saga di Pakistan kini CKD, X70 bakal ikut jejak selepas 154 unit CBU terakhir dijual 02

Proton X70 pula akan menjadi model kedua dipasang di Pakistan selepas penghantaran terakhir unit CBU. Dijual sebagai unit CBU pada mulanya, SUV segmen C ini akan menjadi model kedua yang akan dipasang oleh Al-Haj Automotive dengan jangkaan pelancaran yang dijadualkan pada bulan Disember 2021.

Proton Saga di Pakistan kini CKD, X70 bakal ikut jejak selepas 154 unit CBU terakhir dijual 03

Sebelum bermulanya pemasangan tempatan, sebanyak 154 unit terakhir Proton X70 telah dihantar pada Ahad, 17 Oktober 2021, menjadikan jumlah eksport model CBU ke negara tersebut mencecah 602 unit.

Proton Saga di Pakistan kini CKD, X70 bakal ikut jejak selepas 154 unit CBU terakhir dijual 04

“Walaupun Covid-19 banyak mempengaruhi operasi kami di Pakistan, namun permintaan bagi model Proton di negara tersebut masih kekal tinggi dengan kedua-dua model Proton Saga dan X70 menarik sokongan yang kuat. Pihak Al-Haj telah menerima sebanyak 2,500 unit tempahan bagi Saga dan lebih daripada 2,000 unit tempahan bagi X70.”

Juga bacaLaku keras, rupanya spesifikasi Proton Saga di Pakistan adalah yang terbaik dalam kelasnya!

Proton Saga di Pakistan kini CKD, X70 bakal ikut jejak selepas 154 unit CBU terakhir dijual 05

Untuk makluman anda, seramai 20 kakitangan Proton yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang berkaitan pengilangan ditempatkan di Karachi untuk membantu dalam proses pemasangan.

Juga bacaProton X50 akan dieksport ke Pakistan selepas Proton X70 dan Proton Saga!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda