window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga diacah untuk pelancaran Pakistan, model CBU dah sampai sana!

Haris · Mar 10, 2021 01:00 PM

Proton Saga diacah untuk pelancaran Pakistan, model CBU dah sampai sana! 01

Proton Pakistan di bawah syarikat Al-Haj Automotive (Pvt. Ltd.) telah melancarkan model Proton X70 ke pasaran tersebut pada hujung tahun 2020. Kini, Proton Pakistan mengorak langkah lagi dengan mengacah model Proton Saga untuk pelancaran tahun 2021.

Melalui maklumat awal yang diterima oleh Propakistani.pk, model Proton Saga yang dibina di Malaysia (CBU Malaysia) telah tiba di Pakistan sebelum tarikh pelancaran. Pada masa yang sama, Proton Pakistan turut mengacah beberapa klip video mengenai Proton Saga.

Proton Saga diacah untuk pelancaran Pakistan, model CBU dah sampai sana! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga sebelum ini telah diintip sedang menjalani pandu uji di Lahore, Pakistan. Berdasarkan maklumat yang diterima, model Proton Saga Pakistan dijangka akan menggunakan enjin bersesaran 1,299 cc berbanding enjin 1,332 cc yang berada di pasaran Malaysia.

Proton Saga diacah untuk pelancaran Pakistan, model CBU dah sampai sana! 01

Hantar ke mana model Proton Saga R3?

Hal ini adalah disebabkan oleh struktur cukai kenderaan di Pakistan yang memberi kelebihan kepada enjin bawah 1.3 liter. Enjin tersebut mampu menjana sehingga 96 PS kuasa kuda dan 120 Nm tork.

Selain itu, model Proton Saga dijangka akan hadir dalam 2 varian iaitu Premium AT (automatik 4 kelajuan) dan Standard MT (manual 5 kelajuan) menurut laman web Al Haj Proton.

Proton Saga diacah untuk pelancaran Pakistan, model CBU dah sampai sana! 02

Gambar oleh Propakistani.pk

Penerimaan unit CBU Proton Saga adalah kumpulan awal sebelum pengeluaran model CKD beransur siap menjelang penghujung tahun 2021. Kilang pemasangan Proton dengan kerjasama Al Haj Automotive di daerah Karachi tersebut dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021.

Proton Saga diacah untuk pelancaran Pakistan, model CBU dah sampai sana! 03

Dengan kerjasama Al Haj Automotive, kilang pemasangan tersebut akan mewujudkan sebanyak 2,000 peluang pekerjaan secara langsung dan sekitar 20,000 pekerjaan secara tidak langsung melalui sistem pembekal tempatan.

Selain daripada Pakistan, Proton Saga juga telah dijual (atau bakal dijual) di negara-negara seperti Nepal, Mesir dan Kenya.

Bacaan Lanjut:

Intipan: Proton Saga diuji di Lahore, Pakistan?

Proton X70 dilancarkan di Pakistan! Enjin lebih kecil, 1.5L seperti X50

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k!

Projek pemasangan Proton Saga CKD di Kenya dilancarkan

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda