window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren!

Zamil Syaheer · Sep 20, 2020 12:01 PM

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren! 01

Bagi mereka yang belum melihat gambar tular di media sosial, seorang pemandu yang membawa Proton Saga pasti tidak sangka akan nasibnya ketika beliau memandu di MRR2 Bandar Tasik Selatan petang semalam.

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren! 02

Konkrit empat segi berukuran 1x1 meter iaitu sebahagian daripada struktur Sungai Besi-Ulu Klang Elevated Expressway (SUKE) jatuh menimpa bahagian sebelah kiri Proton Saga tersebut. Kami tak dapat bayangkan betapa nyarisnya mangsa terlepas hanya beberapa inci dari konkrit tersebut yang besar kemungkinan boleh mengundang maut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mangsa dilaporkan cedera di lengan sebelah kiri dan dibawa ke HUKM untuk rawatan.

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren! 01

Dalam satu kenyataan yang dibuat malam tadi, PROLINTAS berkata mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa atas insiden ini. Perintah henti-kerja telah dikeluarkan bagi pembinaan lebuhraya tersebut.

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren! 02

Di Petaling Jaya pula pada masa yang sama iaitu 5.45pm, Perodua Myvi pula yang jadi mangsa apabila sebahagian daripada besi kren jatuh menimpa kereta tersebut dan sekali lagi, mangsa terselamat tapi kali ini tanpa kecederaan.

Beliau dalam perjalanan balik ke rumah apabila besi kren tersebut jatuh menghempap keretanya dan menyebabkan kerosakan pada bahagian atap, cermin hadapan, dan bahagian lain kenderaan tersebut.

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren! 03

Siasatan awal menunjukkan yang kren tersebut melanggar dua tiang telefon di tepi jalan tersebut dan sebahagian daripada struktur besinya jatuh lalu menimpa Myvi tersebut. Laporan polis telahpun dibuat atas kejadian itu.

Di bandaraya membangun seperti di Lembah Klang, pembangunan pastinya tak dapat dielakkan. Kita seringkali melihat poster yang berbunyi “kesukaran hari ini adalah untuk kebaikan bersama di masa hadapan” ditampal di pembahagi jalan tapak pembinaan yang kononnya memohon kesabaran pengguna jalanraya.

Proton Saga dihempap konkrit, Perodua Myvi dihempap besi kren! 04

4 tahun lepas, insiden yang lebih kurang sama telah mengorbankan seorang wanita.

Tapi, kita juga merisikokan nyawa memandu betul-betul di bawah kerja-kerja pembangunan ini hampir setiap hari.

Diharap pihak bertanggungjawab akan jadi lebih prihatin terhadap isu ini dan memikirkan cara terbaik untuk mengalihkan laluan lalulintas jauh daripada tapak pembinaan supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Sumber: NST Online

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda