window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k!

Haris ยท Jan 14, 2021 05:00 PM

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k! 01

Proton Saga baru sahaja dilancarkan di Nepal dengan harga bermula RM 123k untuk varian rendah. Ya, model kegemaran rakyat Malaysia ini berharga 4 kali ganda mahal apabila dibawa ke Nepal.

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k! 01

Setelah dilancarkan di Kenya dan Mesir, Proton memilih Nepal untuk menjual model pengenalan ini. Model Proton di sana diedarkan secara rasmi oleh Jagdamba Motors Pvt. Ltd dan Proton Saga adalah model Proton pertama yang dilancarkan di sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k! 01

Terdapat dua varian yang tersedia untuk Proton Saga spesifikasi Nepal iaitu 1.3 Standard MT dan 1.3 Premium AT.

Harga bagi sebuah Proton Saga di Nepal mencapai ratusan ribu ringgit dengan Standard MT bermula dari 3.5 juta rupee Nepal (RM 122,716) sementara Premium AT bermula dari 3.95 juta rupee Nepal (RM 136,542).

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k! 02

Hyundai Aura, pesaing Saga bermula pada harga NPR 3.39 juta

Harga yang tinggi tersebut adalah disebabkan oleh struktur percukai Nepal yang mengenakan duti sebanyak 200% pada kenderaan yang import. Nepal tidak mempunyai industri automotif yang mapan di samping jalan raya yang terhad hasil daripada faktor geografi negara ini.

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k! 03

Standard MT dengan penutup rim plastik

Pada harga sedemikian, Proton Saga menggunakan enjin 1,299 cc (91 PS/117 Nm) seperti yang terdapat pada spesifikasi Pakistan dengan gandingan transmisi manual 5-kelajuan atau transmisi automatik 4-kelajuan.

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k! 04

Model Proton Saga spesifikasi Nepal dilengkapi dengan penyaman udara, blower dan unit pemanas. Spesifikasi ini sama dengan model Proton Saga di Mesir.

Varian Premium AT juga dilengkapi dengan kawalan kestabilan. 

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k! 05

Selain daripada enjin bersesaran yang kecil, unit penyaman udara dan pemanas, Proton Saga di Nepal berkongsi ciri dan kelengkapan yang sama dengan unit tempatan.

Ini termasuklah beg udara berganda, sensor parkir belakang, ABS dengan EBD dan bantuan brek, serta skrin infotainment 7 inci berasaskan Android.

Proton Saga dilancarkan di Nepal, harga bermula RM 123k! 06

A Proton showroom in Nepal's capital, Kathmandu

Proton Saga di Nepal hadir dengan jaminan 5 tahun / 150,000 km. Jagdamba Motors Pvt. Ltd. dijangka akan melancarkan Proton X70 di Nepal pada akhir tahun ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda