Proton Saga dilancarkan di Pakistan - 4 varian, R3 dengan manual, harga bermula RM 54k!
Haris · Apr 5, 2021 01:00 PM
0
0
Al Haj Automotive, pengedar rasmi Proton di Pakistan telah melancarkan model Proton Saga di sana. Terdapat 4 varian dilancarkan iaitu Saga MT, Saga AT, Saga Ace dan Saga R3 Limited Edition. Ya, Proton Saga R3 Limited Edition turut ditawarkan di Pakistan sebanyak 100 unit terhad untuk membantu promosi pengenalan jenama Proton di sana.
Proton Saga pasaran Pakistan menggunakan enjin bersesaran 1,299 cc (95 PS, 120 Nm) berbanding enjin 1,332 cc (output kuasa sama) yang berada di pasaran Malaysia. Hal ini adalah disebabkan oleh struktur cukai di Pakistan yang lebih tinggi untuk enjin bersesaran 1.3 liter.
Walaubagaimanapun, model Proton Saga R3tetap ditawarkan dengan enjin 1.3 liter (1,332 cc) yang sama seperti ditawarkan di Malaysia.
Khas untuk pasaran Pakistan, warna Quartz Black
Lebih menarik lagi, Proton Saga R3 ini ditawarkan dalam transmisi manual 5 kelajuan; suatu gandingan transmisi yang sangat diidam-idamkan di Malaysia.
Walaubagaimanapun, strategi pemasaran yang ini jelas memberi kelebihan untuk Proton Saga pasaran Pakistan di mana Proton perlu bertapak dengan lebih kukuh.
Dari segi kelengkapan, Proton Saga pasaran Pakistan masih berkongsi sebahagian besar ciri utama dengan model pasaran Malaysia. Varian paling atas ditawarkan dengan lampu LED siang (DRL), roda aloi 15 inci, dan skrin infotainment jenis terapung 7 inci.
Model Proton Saga pasaran Pakistan ditawarkan pada harga seperti berikut bermula PKR 1,975,000 (~ RM 54k) untuk Saga Standard MT manakala varian tertinggi Proton Saga Ace AT berharga PKR 2,225,000 (~ RM 60k).
Model Proton Saga R3 pula ditawarkan pada harga PKR 2,175,000 (~RM 59k) untuk transmisi manual manakala harga PKR 2,425,000 (~RM 66k) untuk transmisi automatik.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.