Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020, dilancarkan pada 9 Julai
Mersita · Jul 7, 2020 12:15 PM
0
0
Proton telah mengeluarkan imej acah untuk menaikkan ‘hype’ bagi keluaran terbaru mereka iaitu Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 di laman Facebook rasmi mereka – sebagai isyarat yang model edisi istimewa terbaru itu akan muncul tidak lama lagi.
Walaupun muatnaik oleh Proton itu tidak menyatakan bila Saga Edisi Ulangtahun itu akan diperkenalkan, rakan kami di Funtasticko memberikan beberapa maklumat awal; termasuk tarikh pelancaran dan gambar.
Dirancang untuk diperkenalkan pada 9 Julai, debut bagi Saga Edisi Ulangtahun bertindih dengan tarikh debut Proton Saga yang pertama sekali iaitu pada 9 Julai 1985.
Berdasarkan gambar Saga Edisi Ulangtahun yang akan datang, bahagian luarannya akan dikemaskan dengan tona hitam dengan perincian kuning pada gril hadapannya, cermin sisi, serta bampar belakang.
Pada bahagian dalamannya pula, satu-satunya perincian yang diberikan Funtasticko ialah kluster meter yang dinaiktaraf dengan perincian kuning. Oleh itu, anda juga boleh jangkakan perincian kuning pada keseluruhan ruang dalamannya – sama dengan bahagian luarannya.
Itukah slogan yang akan digunakan Proton?
Lebih maklumat lanjut berkenaan Proton Saga Edisi Ulangtahun 2020 akan dimaklumkan sejurus selepas model ini diperkenalkan pada hari Khamis ini.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.