window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia?

Faisal · Jun 13, 2022 10:00 AM

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 01

Kalau anda perasan, Perodua Axia sememangnya tiada pesaing dalam pasaran ini. Tetapi untuk Perodua Bezza, lain sedikit ceritanya kerana ia perlu berentap dengan kereta pertama Malaysia iaitu Proton Saga.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 02

Sebulan yang lepas, Proton telah memperbaharui legenda mereka dengan memperkenalkan Saga facelift 2022 (MC2, Minor Change 2). Jagi, yang manakah sedan permulaan paling sejati di Malaysia? Mari kita bandingkan antara mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaPelancaran Proton Saga 2022 baharu - dari RM 34k, sedan paling berbaloi kini dipertingkat!

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 01

Harga & varian Proton Saga 2022
1.3 Standard MT RM 34,400
1.3 Standard AT RM 38,300
1.3 Premium AT RM 41,300
1.3 Premium S AT RM 44,300
Harga & varian Perodua Bezza 2022
1.0 G MT RM 33,456
1.0 G AT RM 35,391
1.3 X AT RM 42,551
1.3 AV AT RM 48,356

Dari segi harga, Proton Saga 2022 ditawarkan bermula dari RM 34,400 hingga RM 44,300, manakala Perodua Bezza pula berharga antara RM 33,456 ke RM 48,356. Kedua-dua harga ini termasuk pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun 2022.

Juga bacaPengecualian cukai SST kenderaan tak perlu dilanjutkan, dah terlalu lama dilaksanakan

Eksterior – Proton nampak lebih cun

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 02

Dengan menggunakan tunjang Axia, Perodua Bezza sebenarnya nampak sedikit kekok kerana punggungnya terlalu tinggi. Proton Saga pula tidaklah cantik tetapi sekurang-kurangnya ia nampak seimbang.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 03

Bagi anda yang belum tahu, model facelift MC2 yang kami sebutkan tadi adalah facelift kedua sejak Saga generasi ini diperkenalkan iaitu pada tahun 2016. Facelift pertama MC1 yang dilancarkan pada tahun 2019 dahulu menerapkan transmisi automatik 4 kelajuan dari Hyundai bagi menggantikan kotak gear CVT Punch.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 04

Enjin Proton Saga.

Facelift MC2 pula kekal dengan pilihan transmisi 4AT atau manual 5 kelajuan dan enjin 1.3L VVT (95 PS, 120 Nm) tetapi dengan beberapa perubahan kosmetik dan penambahan ciri.

Juga bacaLama vs Baru - Proton Saga MC2 2022: Apakah yang telah diperbaiki atau ditukar oleh Proton?

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 05

Pada bahagian depan contohnya, Saga 2022 tampil dengan gril baru dan logo Proton yang bulat. Aksen krom pada bahagian belakang juga telah digugurkan bagi memberi imej yang lebih sporty. Varian teratas iaitu Premium S AT pula tampil eksklusif dengan trim berwarna hitam dan reka bentuk rim dwi-tona baru yang bersaiz 15 inci.

Juga bacaSejarah dan Evolusi Logo Proton

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 06

Bercakap mengenai facelift, Perodua Bezza sendiri menyaksikan beberapa perubahan pada tahun 2020 yang mana ia datang dengan pembaharuan pada bahagian bampar, lampu dan reka bentuk rim. Apapun, Saga dari awal lagi tetap nampak lebih cun.

Ruang – Bezza lebih luas dan praktikal

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 07

Walau menggunakan asas Axia, Bezza tetap praktikal. Khairul Aming sendiri pun puji.

Juga baca“Cuma kalau naik bukit semput sikit,” – tapi, Khairulaming amat puas hati dengan Perodua Bezza!

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 08

Kapasitinya butnya mencecah 508 liter manakala Saga hanya seluas 420 liter. Mungkin inilah faedahnya kalau ada punggung yang tinggi.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 09

Perbandingan dimensi
Model Proton Saga Perodua Bezza
Panjang (mm) 4,335 4,170
Lebar (mm) 1,690 1,620
Tinggi (mm) 1,515 1,525
Jarak roda (mm) 2,465 2,455

Menariknya, dari segi ukuran, Bezza tetap lebih kecil daripada Saga.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 10

Juga bacaKelebihan & Kekurangan: Perodua Bezza 2020 – Cekap minyak, tapi kenapa stereng tak boleh laras?

Pengendalian dan mutu perjalanan – Proton masih di hadapan

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 11

Kualiti pemanduan Proton Saga jauh lebih hebat daripada Bezza kerana Proton menerapkan suntikan dari Lotus.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 12

Kalau mengambil selekoh, Saga akan kekal ‘steady’ dan rasa meyakinkan manakala Bezza pula akan terhuyung-hayang.

Juga bacaRebiu: Berbaloikah Perodua Bezza 2020 1.3 Advance untuk RM 49,980? Lagi bagus Persona?

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 13

Dari segi trenkuasa pula, Bezza ada sedikit kelebihan yang mana enjin 1.3L 1NR-VE yang ditawarkan mempunyai 1 Nm tork lebih banyak daripada Saga. Selain itu, Bezza ada pilihan enjin 3 silinder 1.0L 1KR-VE (68 PS, 91 Nm), khas untuk mereka yang betul-betul mahu berjimat sebaik mungkin.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 14

Enjin Perodua Bezza.

Dalam hal ini, enjin Perodua juga lebih menjimatkan minyak.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 15

Berdasarkan ujian kami, Saga merekodkan penggunaan petrol sebanyak 7.2 liter/100 km, manakala Bezza pula serendah 6.34 liter/100 km.

Juga bacaRebiu: Facelift Proton Saga 1.3L 2019 Premium, erti sebenar pembelian berbaloi

Kelengkapan – Bezza menang dari segi keselamatan

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 16

Kamera stereo pada Bezza 1.3 AV.

Walaupun ciri bantuan keselamatan ADAS pada Bezza hanya ditawarkan untuk varian teratas, Perodua tetap layak mendapat pujian kereta ia adalah kereta termurah di Malaysia untuk datang dengan ciri sebegitu.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 17

Saga pula walaupun dengan facelift kedua, ciri tersebut masih tiada. Namun demikian, perlu dimaklumkan bahawa Saga masih menggunakan platform lama iaitu platform generasi kedua yang debut pada tahun 2008.

Apapun, varian automatik untuk Saga 2022 telah dinaik taraf dengan ciri keselamatan yang lebih baik yang mana ciri kawalan kestabilan dan bantuan mula di bukit didatangkan secara standard.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 18

Penambahan baru pada Saga 2022 juga termasuklah ciri keyless entry pada bahagian pemandu serta butang push start untuk varian teratas iaitu 1.3 Premium S. Sebagai perbandingan, ciri ini datang standard pada Bezza varian 1.3 yang mana ia bermula pada harga RM 42,551. Saga varian teratas yang ada ciri ini pula berharga RM 44,300.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 19

Satu lagi pembaharuan pada Saga 2022 adalah panel pendingin hawa baru yang hadir dengan pelarasan jenis knob, sama seperti Iriz dan Persona. Sebut mengenai Iriz, trim berwarna merah juga diterapkan buat kali pertama pada Saga kali ini.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 20

Dari segi infotainment pula, kedua-dua sedan permulaan ini tidak dilengkapkan dengan sokongan Apple CarPlay atau Android Auto. Yang ada cuma ‘Mirroring’ yang mana Saga menyokong peranti iOS dan Android. Smart Link yang ada pada bezza pula hanya untuk Android sahaja.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 21

Skrin infotainment 7 inci pada Saga 2022 pula uniknya hadir dengan sistem operasi baru yang berupaya mengeluarkan amaran untuk anda periksa barang dalam kabin sebelum keluar dari kereta. Grafiknya dan animasi sistem operasinya juga nampak lebih menarik.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 22

Walaupun dengan beberapa kelengkapan baru, Saga masih kekal dengan penggunaan lampu depan jenis halogen. Pada masa yang sama, nyalaan DRL LED pula hanya ditawarkan untuk varian Premium dan ke atas sahaja. Sebagai perbandingan, Bezza didatangkan standard dengan lampu jenis LED.

Konklusi

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 23

Melalui penampilan baru dan penambahan ciri sekalipun, Saga 2022 tetap sama dengan model sebelum ini yang mana ia tidak begitu signifikan.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 24

Bezza pula tetap lebih praktikal dan lebih menjimatkan minyak. Ia juga ada ciri keselamatan yang lebih moden.

Proton Saga facelift 2022 vs Perodua Bezza - yang mana raja sedan 'entry' buatan Malaysia? 25

Secara keseluruhannya, Saga akan memenangi hati anda dari segi karakter dan watak kereta itu sendiri. Bezza pula mempunyai kelebihan dari segi kelengkapan dan ciri yang ditawarkan. Jadi, tepuklah dada dan tanya selera anda.

Juga bacaBenarkah maintenance Proton Saga lebih murah berbanding Perodua Bezza? Jawapannya tak semudah itu

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda