window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga jadi ‘food truck’ untuk kaki ponteng puasa di Kedah!

Haris · May 10, 2021 06:00 PM

Proton Saga jadi ‘food truck’ untuk kaki ponteng puasa di Kedah! 01

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) telah menghidu tindak tanduk seorang lelaki yang menggunakan kenderaan persendirian untuk menjual nasi kepada kaki ponteng puasa di Mergong, Kedah.

Lelaki berusia lingkungan 30-an yang berasal dari Alor Setar itu ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi dalam operasi bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang dilakukan hasil aduan orang awam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga jadi ‘food truck’ untuk kaki ponteng puasa di Kedah! 01

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, operasi menemukan sejumlah bungkusan makanan di dalam plastik hitam berada di dalam but belakang Proton Saga yang digunakan lelaki terbabit.

“Lelaki terbabit dipercayai menjual nasi bungkus itu sejak awal Ramadan dengan bergerak dari satu tempat ke tempat lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Proton Saga jadi ‘food truck’ untuk kaki ponteng puasa di Kedah! 02

Gambar hiasan

Sebungkus nasi dengan lauk ayam goreng dan telur rebus dijual pada harga RM 6.00.

“Taktik yang digunakan lelaki ini ialah dengan berniaga menerusi but kereta sambil menunggu pelanggan tetap untuk datang membeli,” tambahnya.

Proton Saga jadi ‘food truck’ untuk kaki ponteng puasa di Kedah! 03

Gambar hiasan

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa ada segelintir penghantar makanan juga dikesan menjalankan aktiviti menghantar makanan kepada pembeli beragama Islam kerana takut ‘rating’ jatuh.

“Penghantar makanan itu mendakwa dia bimbang ratingnya jatuh dan tetap juga menghantar makanan kepada pelanggan beragama Islam di bulan Ramadan.

“Namun setelah diberikan nasihat, dia akhirnya akur dan membatalkan tempahan tersebut,” katanya. Sumber: Utusan Malaysia

Berita sosial lain:

Perodua Kancil buruk lejen kembali semula! Macam mana dia boleh dapat?

Polis lepas tembakan pada Honda Accord seludup mercun, cuba rempuh polis

Kes pukul penghantar makanan, Lan Pet Pet sendiri dah buat laporan polis!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda