window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga terpakai bawah RM 30k - "baik beli" baru atau terpakai lagi berbaloi?

Haris · Nov 5, 2022 02:00 PM

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Bergantung kepada siapa yang anda tanya, susut nilai boleh menjadi perkara yang baik atau buruk. Dalam kes ini, susut nilai telah memainkan peranannya dalam menurunkan harga kenderaan ke tahap yang lebih berbaloi.

Dalam kes ini, Proton Saga adalah salah satu contohnya. Proton Saga generasi semasa, walaupun dalam bentuk pra-facelift, boleh didapati dari serendah RM 29k.

Proton Saga tahun 2016 dengan enjin 1.3L VVT

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

2016 Proton Saga

Diperkenalkan pada tahun 2016, Proton Saga generasi ketiga telah dilancarkan bersama Proton Persona, Proton Perdana dan Proton Ertiga dalam salah satu tahun di mana Proton membuka langkah yang bercita-cita tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Masih berasaskan platform BT3 daripada Saga FLX generasi kedua sebelum ini, Proton Saga baharu mengekalkan enjin 4-silinder 1.3 liter aspirasi semula jadi petrol seperti sebelum ini. Perbezaannya ialah enjin, walaupun masih daripada keluarga Campro, kini menambah injap pemasaan berubah-ubah (Variable Valve Timing).

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Lebih penting lagi, Proton Saga generasi ketiga akhirnya menambah kawalan kestabilan pada ciri keselamatannya, satu ciri yang tiada pada generasi terdahulu Proton Saga.

Proton Saga 2019 dengan transmisi 4AT

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

2019 Proton Saga facelift

Proton Saga telah mengalami Major Change pada 2019, di mana sedan segmen A mampu milik ini menerima pelbagai penambahbaikan yang ketara.

Antaranya ialah transmisi automatik penukar tork 4-kelajuan bersumber Hyundai baharu, menggantikan transmisi automatik jenis CVT bersumberkan Punch. Model 2019 juga menerima penambahbaikan dalam aspek reka bentuk, dalam dan luar.

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Perubahan pada bahagian dalam Proton Saga pasca-2019 termasuk unit kepala 7-inci gaya terapung baharu, upholsteri tempat duduk yang lebih baik, perehat kepala tricot baharu dan gugusan instrumen meter yang berbeza.

Baca: Proton Saga akan terus dihasilkan pada asas yang sama, belum ada model Geely akan ganti!

Proton Saga 2022 paling terkini

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Proton Saga 2022

Tiga tahun kemudian pada 2022, Proton Saga menerima satu lagi kemas kini, merangkumi ciri-ciri seperti kemasukan tanpa kunci dan butang mula hidup enjin, butang pelepas but dan tetingkap kuasa turun automatik bahagian pemandu.

Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini adalah eksklusif untuk Proton Saga 2022 varian Premium S spesifikasi teratas.

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Panel kawalan iklim baharu

Proton Saga 2022 juga menambah panel pendingin hawa baharu, yang memaparkan susun atur tiga dail memberi laluan kepada reka bentuk dwi tombol berkembar yang lebih moden.

Baca: Proton Saga 2022 Standard Lite diperkenal - varian baru pada RM 38k, dituju untuk e-hailing & teksi

Varian mana yang disyorkan?

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Jawapan ringkas dan mudah ialah model selepas kemas kini 2019, secara idealnya varian Premium spesifikasi teratas. Hal ini kerana pengalaman pemanduan keseluruhan dengan transmisi automatik penukar tork 4-kelajuan adalah jauh lebih baik di hadapan model yang dilengkapi transmisi CVT.

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Dalam varian Premium yang teratas, Proton Saga menawarkan ciri seperti lampu nyalaan siang LED, rim aloi dwi-tona 15-inci, unit kepala skrin sesentuh gaya terapung, sistem bunyi yang mengagumkan, dan yang paling penting, kawalan kestabilan.

Jika anda mempunyai bajet lebih, cuba panjangkan carian anda untuk meliputi Proron Saga model tahun 2022 terbaharu. Tak perlu jauh-jauh, Carsome mempunyai beberapa unit untuk jual ketika artikel ini ditulis.

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Proton juga ada melancarkan Proton Saga R3 edisi terhad pada tahun 2021, kejuruteraan stiker dengan tambahan stiker dan perincian hitam dan kuning R3, serta tempat duduk kulit yang unik dan sentuhan kemasan kuning di bahagian dalam.

Baca: Proton Saga R3 Limited Edition 2021 - gaya saja, peminat R3 boleh terima ke?

Harga Proton Saga terpakai

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Harga bermula dari RM 29k untuk Proton Saga 2016 spesifikasi teratas, manakala model tahun 2017 berharga sekitar RM 31k.

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Bagi model Proton Saga tahun 2019 facelift yang disyorkan, ia berharga sekitar RM 36k, yang agak munasabah untuk sebuah sedan peringkat permulaan.

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Carsome juga mempunyai beberapa unit Proton Saga model tahun 2022 terpakai baharu, berharga sekitar RM40k untuk varian Premium spesifikasi pertengahan.

Masalah Proton Saga biasa

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Memandangkan ia tampil sederhana secara mekanikal, Proton Saga mungkin merupakan salah satu model Proton dengan ketahanan yang boleh dipercayai dalam jualan hari ini.

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Kredit: TWY Auto Supply

Walau bagaimanapun, ia masih mempunyai isu yang tersendiri. Sesetengah pemilik telah melaporkan bunyi enjin yang tidak normal, dan isu ini sering disebabkan oleh injap pembersihan kanister (Canister Purge Valve). Selalunya, isu yang berpunca daripada CPV yang rosak boleh diselesaikan di bawah jaminan di pusat servis sah Proton namun jika tugas-tugas penggantian diperlukan, kosnya kira-kira RM 50 untuk satu.

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Kredit: Hong Tai Spare Parts

Satu lagi masalah kecil yang telah dilaporkan oleh pemilik ialah isu yang mengelilingi modul sensor parkir belakang. Seperti CPV, modul reverse sensor ini boleh diganti di bawah jaminan. Namun, sekiranya kereta tersebut berada di luar dari jaminan, alat ganti tersebut berharga RM 120 untuk ditukar.

Berapa kos penyelenggaraan asas Proton Saga?

Tak banyak, berikut ialah pecahan harga pantas bagi bahagian penyelenggaraan asas untuk Proton Saga:

Kos penyelenggaraan asas Proton Saga
Komponen Kos (RM)
Minyak Enjin 110
Penapis minyak 14
Penapis udara 18
Minyak ATF1 231
Minyak CVT2 165
Penapis minyak CVT2 156
Palam pencucuh 51

1Hanya terpakai untuk model CVT
2Hanya terpakai untuk model 4AT

Baca: Proton Saga: Hanya RM 3,000 untuk "maintain" selama lebih 5 tahun/100,000 km

Konklusi

Proton Saga terpakai bawah RM 30k -

Memandangkan aspek mekanikal Proton Saga yang ringkas dan kit keselamatan yang munasabah, ia menjadikan sedan segmen A ini sebagai kereta pengenalan yang sangat baik, atau kenderaan kedua dalam rumah anda.

Perlu diingatkan bahawa setiap model terpakai tidak sama antara satu dengan yang lain, justeru pastikan anda menyemak rekod servis daripada pemilik sebelum.

  • 2014 Proton SAGA FL 1.3

    RM 19,900
    RM 209
    /bulan

    87,590 km

    10 years

    Kuala Lumpur

  • 2014 Proton SAGA FL 1.3

    RM 19,800
    RM 217
    /bulan

    98,218 km

    9.5 years

    Petaling Jaya

  • 2014 Proton SAGA FL 1.3

    RM 14,400
    RM 173
    /bulan

    107,738 km

    9.5 years

    Kuala Lumpur

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda