window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton!

Zamil Syaheer · Nov 26, 2020 08:00 PM

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 01

Sebut saja Proton, memang kerjasama jenama itu dengan Mitsubishi suatu masa dahulu tidak boleh dilupakan, bermula daripada Proton Saga 1985 sehinggalah Proton Inspira 2014.

Sepertimana anda tahu, Proton mengambil asas platform Mitsubishi yang lama seperti Lancer, Eterna, Mirage, dan Galant sebelum merombak model-model ini menjadi model seperti Saga, Wira, Satria, Putra dan sebagainya.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 02

Wira pakai enjin Lancer Evolution adalah satu perkara biasa. Imej dari Adam Photography.

Oleh itu, maka tak hairanlah banyak pemilik Proton menukar enjin asal kereta mereka ke model yang lagi berkuasa. Enjin yang paling terkenal sekali untuk ditukar adalah dari Mitsubishi Lancer Evolution yang menggunakan enjin 2.0 liter 4G63T 4 silinder bercas turbo.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 01

Proton Persona pakai enjin 4G93 MIVEC. Imej dari Nazrin Performance Shop.

Antara enjin Mitsubishi lain yang menjadi pilihan adalah enjin 4G92 1.6 liter 4 silinder MIVEC (170 PS, 167 Nm) ataupun 4G93T 1.8 liter 4 silinder bercas turbo (194~215 PS, 270~284 Nm bergantung pada varian) kerana kosnya yang lebih murah serta mudah untuk melepasi peraturan tukar enjin dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 02

Jeng-jeng-jeng. Imej dari Azizi Mohsen.

Bagaimana jika anda sudah bosan ataupun mahupun sesuatu yang unik? Dalam rencana kami kali ini, kami himpunkan koleksi Proton dengan enjin dari jenama kereta yang lain. Anda pasti tak sangka ianya boleh muat dalam Proton dan juga pernah dilakukan. Bab ‘endorse’ tu belakang cerita dulu.

Honda – Siri-B dan Siri-K

1. Siri-B

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 03

Imej dari Eddygino JB.

“VTEC kicked in yo!” – ayat yang terkenal di kalangan peminat lambang H. Enjin 1.6 liter siri-B dari Honda, yakni B16A (digunakan pada Honda Civic, CR-X, dan Integra) serta B16B (dari Honda Civic Type R) adalah pilihan utama bagi pemilik Honda Civic pelbagai generasi di Malaysia

Bagi mana yang inginkan lebih kuasa, terdapat juga enjin 1.8 liter B18C dari Honda Integra Type R.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 04

Pakai kon buat 'intake' pun boleh. Imej dari Str33t Gravity.

Enjin B16A menghasilkan 162~170 PS dan tork sebanyak 150~157 Nm, bergantung kepada generasi enjin ini. Manakala enjin B16B daripada Honda Civic Type R pula menghasilkan 185 PS dan 160 Nm tork.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 05

B18C ​​​​​​bosskuImej dari Pitstop TV.

Bagi B18C dari Honda Integra Type R pula, enjin ini hadir dengan 200~203 PS dan 178~182 Nm.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 06

Dalam Proton Savvy versi kereta lumba. Padu teruk! Imej dari F Tuned Racing Suspension.

Berbanding enjin siri 4G mahupun CamPro yang ada pada model Proton, dua enjin Honda ni jauh lebih berkuasa. Maka tak hairanlah ‘engine swap’ ini popular bagi mana yang inginkan kelainan.

2. Siri-K

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 07

Besar oh enjin K24! Imej dari Lie RVR.

Enjin siri-K ini adalah evolusi dari enjin B-series dengan seseran yang lebih besar iaitu 2.0 (K20), 2.3 (K23), dan juga 2.4 (K24).

Tetapi hanya tiga enjin dari siri-K yang digunakan oleh banyak peminat modifikasi iaitu K20A (dari Honda Civic Type R, Integra Type R, serta Accord Euro R), serta K24A2 dan K24A3 (Honda Accord dan Honda Odyssey).

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 08

Enjin K20A untuk Proton Putra drag! Imej dari Fuelgarden.

Enjin K20A menghasilkan 212~221 PS dan 202~215 Nm (bergantung kepada jenis) dan ia mampu rev sehingga 8400~8600 rpm. Dah nama pun enjin Type R, ‘confirm’ meraung baik punya.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 09

Proton Persona dengan enjin K24A3. Kereta ini untuk dijual!

Jika soal harga pula, enjin K24A2 (197 PS, 232 Nm) dan K24A3 (200 PS, 232 Nm) tidaklah terlalu mahal berbanding K20A. Namun begitu, kerana seserannya lebih besar berbanding siri-B maka tak banyak peminat modifikasi dari Proton memilih enjin ini.

Nissan – Siri-SR

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 10

Enjin SR16 NEO VVL dalam badan Satria Neo. Imej dari Super Cerita.

Enjin 4 silinder siri-SR adalah salah satu pesaing untuk enjin siri-B Honda aspirasi natural, dengan seseran 1.6 (SR16), 1.8 (SR18), dan 2.0 (SR20) liter.

Apa yang membezakan dengan enjin siri-B adalah ada versi 2.0 liter turbo bagi mana yang inginkan lebih kuasa dan tork.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 11

Enjin SR20DE dalam badan Wira. Imej dari Vernfoong GT.

Pilihan popular untuk ‘swap’ enjin ini didalam Proton adalah dari versi SR16VE NEO VVL yang berseseran 1.6 liter. NEO VVL ialah ‘variable valve timing with lift control’ – fungsi yang sama dengan VTEC pada varian Type R. Enjin ini menghasilkan 175 PS dan 161 Nm, dengan ‘redline’ setinggi 8,300 rpm. Menjerit baq hang.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 12

Jangan tipu lah pakai penutup enjin Proton. Imej dari Ariff Firdaus.

Bagi mana yang ‘gila kuasa’ dan inginkan sesuatu yang unik berbanding enjin 4G63T dari Mitsubishi, anda boleh menggunakan enjin 2.0 liter bercas turbo SR20DET. Bergantung kepada jenis SR20DET, enjin ini menghasilkan 201~247 PS dan tork sebanyak 274~280 Nm.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 13

Imej dari M Afif.

Tahukah anda divisyen prestasi Proton iaitu R3 (Race.Rally.Research) pernah menggunakan enjin SR20DET di dalam sebuah Proton Waja yang diubahsuai khusus untuk ‘drift’?

Idea pada ketika itu datang daripada pengasas R3 iaitu Tengku Djan Ley untuk tujuan promosi Proton Waja sepanjang tempoh jualannya di pasaran.

Waja ini asalnya adalah pacuan roda depan dengan posisi enjin melintang sisi (transverse), tetapi untuk ‘drift’ anda memerlukan pacuan roda belakang. Maka dengan itu, posisi tren kuasa Waja telah berubah melintang kedepan (longitudinal). Gempak tak?

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 14

Wira pun boleh bro. Imej dari Blacklist Mediawork.

Bukan itu saja, resipi yang sama digunakan oleh Encik Saiful 'Kecik', seorang pemilik Proton Wira di Pendang, Kedah yang telah mengubahsuai keretanya menjadi pacuan roda belakang dan menggunakan enjin SR20DET.

Dengan modifikasi yang agak melampau ini, memang kedua kereta ini sah digunakan untuk jalan raya.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 15

Seram tengok Gen-2 ni. Imej dari Dyno69Station.

Di Thailand, ada sebuah Proton Gen-2 yang menggunakan enjin SR20DET dengan 355 PS dan 433 Nm! Ini adalah peningkatan 3 kali ganda kuasa berbanding enjin standard CamPro. Lihatlah video di bawah. Memang gila kental!

Toyota – Enjin 4A-GE 20-injap

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 16

Imej dari Saga BLM Creative & Performance.

Kalau anda peminat cerita animasi atau manga Initial D dari Jepun, anda pasti kenal enjin ini. Enjin 1.6 liter 4 silinder aspirasi natural berkod 4A-GE mula diperkenalkan seawal tahun 1983 dengan versi 16-injap.

9 tahun selepas itu barulah versi 20-injap yang lebih berkuasa dan sarat dengan teknologi baru diperkenalkan.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 17

Enjin kereta tauhu tu. Imej dari Kakikereta23.

Terdapat dua generasi enjin 1.6 liter 4A-GE 20-injap ini, dimulai dengan generasi keempat yang digelar sebagai “Silver Top” dengan 155 PS dan 162 Nm tork (kerana penutup enjin yang bewarna perak), dan generasi kelima yang digelar “Black Top” (penutup enjin bewarna hitam) dengan 163 PS dan 162 Nm tork. Kedua enjin ini menggunakan sistem ‘variable valve timing’ (VVT).

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 18

Ni badan Satria. Imej dari Azizi Saidin.

Berbanding enjin B16A dan B16B dari Honda serta SR16VE dari Nissan, enjin ini kurang dari segi kuasa kuda. Malah sistem VVT-nya tidak agresif dan kuat berbanding Honda dan Nissan. Cuma kosnya jauh lebih murah.

Bonus – ‘engine swap’ yang luar biasa

V8 dari Nissan – siri-VH

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 19

Seorang pemuda dari Rawang En.Lie telah melakukan sebuah kerja gila dengan memuatkan enjin V8 VH41DE dari Nissan Cima yang berseseran 4.1 liter dan 48-injap ke dalam Proton Saga 1.3S 1989!

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 20

'Custom' kaw kaw.

Berbekalkan inspirasi “American Muscle” dari rancangan TV antarabangsa, Lie telah merombak Saga "Tun M" ini dengan pelbagai modifikasi ‘custom’ untuk membuatkannya pacuan roda belakang.

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 21

Enjin V8 ini menghasilkan 270 PS dan 377 Nm dari kilang. Sebagai perbandingan, enjin 1.3 liter 4G13 ‘Magma’ hanya menghasilkan 75~85 PS!

Yang membuatkan kami di WapCar respek En.Lie ini adalah segala hasil kerja luarbiasa ini dilakukan oleh Lie sendiri di rumahnya. Buat depan rumah je beb demi mengejar impian dan misi masa lapang. Memang betul kuat semangat "Malaysia Boleh".

Enjin ‘boxer’ dari Subaru – siri-EJ

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 22

Imej dari Kakikereta23.

Subaru terkenal dengan enjin ‘boxer’ (piston melintang) kerana memiliki pusat graviti yang rendah. Siri-EJ adalah enjin utama bagu Subaru, dengan semua enjin siri menggunakan 4 silinder 16-injap dan konfigurasi yang tersedia untuk susunan camshaft single, atau double-overhead (SOHC atau DOHC). Enjin ini juga hadir dalam aspirasi natural dan bercas turbo, antara 72 PS ​​hingga 324 PS.

Dengan rekabentuk yang kompleks, ini bukanlah ‘engine swap’ yang popular. Ini adalah satu-satunya imej yang kami jumpa di laman internet. Tiada maklumat lanjut tentang model Proton ini melainkan ia menggunakan enjin EJ20 berseseran 2.0 liter dan bercas turbo yang diambil dari Subaru Impreza WRX.

Konklusi

Proton Saga, Waja pakai enjin Honda Civic Type R? Inilah ‘engine swap’ pelik dalam casis Proton! 23

Nampak barai tapi isi perut padu teruk. Imej dari Azizi Mohsen.

Inilah dia, koleksi Proton dengan ‘engine swap’ bukan daripada Mitsubishi. Jika anda lihat, enjin siri-B dari Honda sebenarnya agak popular bagi mana yang inginkan alternatif lain berbanding enjin 4G92, 4G93, atau 4G63 dari Mitsubishi.

Maklumlah harga ‘halfcut’ Mitsubishi pun dah makin mahal, jadi pemilik kereta pun kenalah jadi kreatif dan menggunakan enjin dari jenama lain.

Jika diberi pilihan, enjin mana satukah yang menjadi idaman hati anda? Adakah anda akan kekal setia dengan enjin Proton yang asal ataupun Mitsubishi, takpun anda seorang yang kreatif dan inginkan kelainan?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda