Proton Satria Cabriolet – convertible cantik lagi menarik
Mersita · Jul 21, 2020 07:00 PM
0
0
Proton telah melelong beberapa kereta prototaip konsep dan rally dalam satu langkah yang mengejutkan sepanjang sejarah kewujudannya. Beberapa kereta terselamat daripada lelongan tersebut kerana ditarik balik oleh Proton.
Beberapa buah prototaip dan rekaan kreatif ini mungkin lebih bagus dibuang saja. Tapi, ada beberapa yang rasanya patut disimpan kerana ia cukup unik. Selain daripada PERTs dan kereta Petronas ‘E01-powered’, satu kereta yang betul-betul menonjol adalah sepasang Satria Cabriolet.
Memandangkan United Kingdom adalah pasaran ekspot utama bagi Proton di negara Barat, jenama kereta nasional kita juga diekspot ke negara-negara Eropah yang lain termasuk Perancis, Jerman dan Turki.
Pada tahun 1997, Proton membuat penampilan di Frankfurt Motor Show dan memperkenalkan Satria Cabriolet pada dunia untuk mengumpul minat ramai bagi produksinya.
Satria Cabriolet berwarna ungu tersebut ditayangkan dengan ruang dalaman berwarna kuning air, dipadankan pula dengan rim aloi yang unik serta konfigurasi pemanduan sebelah kanan. Mereka melakukannya walaupun Jerman mempunyai pasaran pemanduan sebelah kiri dan Satria dijual di sana dan pasaran sama yang lain seperti Proton 300 Series.
Tak banyak yang diperkatakan tentang enjin Satria ‘open air’ ini. Tapi, berdasarkan siaran akhbar yang ditemui melalui laman Facebook UK Spec Proton, ia dibangunkan bersama oleh Proton dan pakar ‘droptop’ misteri dari California.
Satria Cabrio ini tampak seperti ia sedia untuk produksi. Tapi, projek tersebut dibatalkan sepenuhnya disebabkan oleh Krisis Kewangan Asia 1997 yang juga melanda Malaysia. Jualan yang teruk di Eropah juga menyebabkan Proton untuk meninggalkan kebanyakan pasaran Eropah sebelum menjelangnya tahun 2001.
Nampaknya, Proton telah membuat 2 contoh; satu yang berwarna ungu asli yang kemudiannya diganti dengan logo harimau Proton, dan lagi satu berwarna kuning emas. Kedua-duanya dipasang dengan rim aloi Satria GTi dan pada awal tahun 2000-an, beberapa buah kereta ini dibawa keluar untuk ditayangkan di pameran-pameran.
Tapi, Satria Cabriolet berwarna ungu telah ditarik balik dari lelongan oleh Proton berserta beberapa model-model lain. Ini bermaksud seseorang telah berjaya membeli Cabrio berwarna kuning emas tersebut manakala Proton bercadang untuk menyimpan yang berwarna ungu. Kami harap suatu hari nanti kita dapat melihat salah satu daripadanya untuk memperingatkan kita tentang semangat Proton suatu ketika dahulu.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.