window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi?

Haris · Feb 8, 2022 04:30 PM

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 01

Sebelum ini, Proton telah melelong beberapa kereta prototaip konsep dan rali dalam satu langkah yang mengejutkan sepanjang sejarah kewujudannya. Walaubagaimanapun, beberapa kenderaan tersebut telah terselamat daripada lelongan sama ada ditarik semula oleh Proton atau dibeli oleh pihak ketiga.

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara model yang menonjol sudah tentunya Proton Satria Cabriolet, terkenal sebagai model unik yang hampir menjengah ke fasa pengeluaran tetapi tidak dapat direalisasikan berikutan daripada Krisis Kewangan Asia yang melanda pada tahun 1997.

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 01

Pada tahun yang sama sebelum krisis bermula, Proton telah membuat penampilan di Frankfurt Motor Show dan memperkenalkan Satria Cabriolet pada dunia di mana mereka mengumpulkan minat orang ramai untuk merealisasikan model tersebut.

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 02

Namun, disebabkan oleh krisis kewangan yang teruk, Proton Satria Cabriolet tidak dapat menemui pelanggan kerana Proton perlahan-lahan keluar dari pasaran Eropah - pasaran yang mampu menghargai model cabriolet seperti ini.

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 03

Ditemui baru-baru ini

Kami juga pernah melihat Proton Satria Cabriolet ini dengan lebih dekat sebelum ia dilelong, namun keadaannya juga tidak begitu teruk seperti yang ditemui sekarang.

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 04

Model satu lagi

Sebanyak 2 buah prototaip yang diketahui wujud; satu yang berwarna ungu dengan logo bintang Proton lama (kemudiannya diganti dengan logo harimau Proton), dan lagi satu berwarna kuning emas.

Baca: Proton Satria Cabriolet – convertible cantik lagi menarik

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 05

Kedua-duanya dipasang dengan rim aloi Satria GTi dan pada awal tahun 2000-an, beberapa buah kereta ini dibawa keluar untuk ditayangkan di pameran-pameran.

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 06

Keadaannya kini tampak seperti sebuah besi buruk. Ia tidak boleh digunakan di atas jalan raya secara sah justeru lebih sesuai untuk dijadikan koleksi atau digunakan semula sebagai alat ganti.

Proton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi? 07

Walaupun ramai yang memberikan pandangan keras terhadap tindakan melelong kenderaan lama dalam gudang Proton, tindakan tersebut sebenarnya penting kerana hanya kenderaan yang tidak signifikan sahaja yang dilupuskan. Proton masih menyimpan beberapa model ikonik yang penting dengan sejarah Proton sebagai warisan.

Baca: Detik akhir kereta konsep Proton yang bakal dilelong. Sejarah atau sampah?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda