window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli?

Haris · Sep 12, 2021 04:00 PM

Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli? 01

Beberapa hari ini, ramai yang berkongsikan beberapa lakaran sebuah Proton Satria ‘moden’ yang sekadar khayalan. Kecintaan terhadap Satria Neo memang membimbangkan, sehingga lakaran pun menjadi pujaan.

Oleh yang demikian, apa kata lihat sebuah Proton Satria yang sangat jarang ditemui, dipandu sebelah kiri (Left Hand Drive) tetapi ada di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli? 01

Menurut satu hantaran oleh Fadzli Hakim, sebuah Proton Satria GTi pemanduan sebelah kiri (LHD) telah dibuka untuk jualan. Hantaran tersebut menarik banyak perhatian namun ia tidak diletakkan tanda harga. Mungkin, terbuka untuk mereka yang berani ‘melamar’ hot hatch ini sahaja?

Baca: Proton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini?

Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli? 02

Kesemua aksesori dan komponen yang ada pada Proton Satria GTi ini didakwa masih original. Selain itu, ia turut mencatatkan jarak tempuh yang sangat rendah - sekitar 200++ km sahaja. Ini sesuai dengan status ‘unregistered (NOS)' yang didakwa oleh Fadzli.

Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli? 03

Antara senjata yang membuatkan Proton Satria GTi digilai ramai ialah gabungan trenkuasa berenjin 4-silinder 1.8L 4G93P (140 PS, 167 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan dan talaan Lotus Ride & Handling.

Baca: Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik!

Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli? 04

Betul-betul kena koyak plastik

Tempat duduk Recaro yang dilihat pada model ini juga bukan tambahan pemilik. Proton Satria GTi sememangnya hadir dengan kerusi Recaro. Oleh itu, jaga-jaga kepada pemilik baharu, di Malaysia sindiket curi kerusi kereta masih berleluasa. 

Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli? 05

Antara komponen yang tidak dapat dilihat secara luaran adalah 'stabiliser bar' di depan dan belakang serta brek yang lebih besar. Selain itu, pemanduan model ini sangat menggiurkan peminat kereta, apatah lagi dengan prestasi memecut 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat sahaja.

Proton Satria GTi pandu kiri untuk dijual, 'mileage' 200km, siapa berani nak beli? 06

Proton Satria GTi baikpulih oleh DSR

Disebabkan oleh tiada harga yang diletakkan untuk hot hatch ini, ditambah dengan model pemanduan sebelah kiri (LHD) mungkin akan meningkatkan lagi tarikan Proton Satria GTi ini di persada antarabangsa. Jadi berapa agaknya harga yang setimpal untuk model ini?

Baca: Proton Satria GTi pandu kiri di Puerto Rico, satu-satunya Satria yang hampir sampai Amerika

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda