window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh!

Faisal · Sep 15, 2022 12:00 PM

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh! 01

Kredit: Danial Khairi.

Memandangkan Hari Malaysia sudahpun dekat, agak membanggakan untuk kita melihat sesuatu yang datang dari titik peluh kita sendiri berada di mata dunia.

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh! 02

Dan baru-baru ini, tertular pula beberapa imej yang menunjukkan sebuah Proton Satria GTi yang dipandu di litar antarabangsa terkenal Nürburgring, Jerman. Bagi anda yang belum tahu, Satria GTi pernah dijual di Eropah dan di sana, ia dikenal sebagai 318 GTi. Menariknya, salah satu daripada jentera ini dibeli oleh rakyat Malaysia yang menetap di sana iaitu saudara Danial Khairi.

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut beliau, hothatch itu dibelinya pada tahun 2017 dengan harga 1,000 Euro (~RM 4.5k) sahaja. Dalam hantaran terbaru beliau di Facebook, Danial dengan bantuan Jochem dan Ruben Gravemade iaitu si kembar yang memandu Proton Wira ‘teksi’ di litar sama pada tahun 2020 berjaya membuat beberapa pusingan.

Juga bacaProton Satria GTi terpakai serendah RM 25k, berapa kos nak bela hothatch ‘legend’ ini?

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh! 01

Mereka kiranya hadir sewaktu sesi pemanduan terbuka. Dalam sesi ini, sesiapa sahaja boleh masuk litar asalkan kenderaan yang digunakan telah melepasi pemeriksaan TUV di Jerman, iaitu Puspakom mereka.

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh! 02

Antara undang-undang yang ada pada sesi litar terbuka ini adalah memotong hanya boleh dibuat pada belah kiri dan tiada had laju. Kadar bayaran yang dikenakan pula adalah sebanyak 25 Euro (~RM 113) untuk setiap pusingan.

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh! 03

Kredit foto: DDM - Dutch DIY Mechanics.

Menurut wawancara Danial bersama Engear, litar yang sepanjang 20.83 km itu memerlukan sekitar 11 minit untuk satu pusingan lengkap. Kalau tiada kereta, ia mungkin mengambil masa setakat 10 minit sahaja.

Mengenai Satria GTi miliknya, terdapat dua modifikasi yang telah dibuat. Salah satunya adalah tayar Nankang NS-2R dan satu lagi adalah sistem ekzos Gestec.

Juga bacaProton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh! 04

Menurut Danial, antara sebab kenapa beliau nak memandunya di litar Nürburgring adalah untuk merasai sendiri kehebatan dan kemampuan ‘Lotus Ride and Handling’.

Proton Satria GTi tawan litar Nürburgring, dipandu oleh anak tempatan, Malaysia betul-betul Boleh! 05

Jadi, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, rakyat kita pasti bangga dengan pemilik-pemilik Proton di luar negara seperti saudara Danial, kembar Gravemade dan ramai lagi kerana kepercayaan mereka terhadap jentera nasional kita.

Juga baca

Proton Wira di litar Nurburgring. Jenama Malaysia jadi taruhan anak muda Belanda!

Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime!

Proton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda