window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria kuning cuba rempuh polis, satu das tembakan terpaksa dilepaskan!

Haris ยท Mar 26, 2021 02:00 PM

Proton Satria kuning cuba rempuh polis, satu das tembakan terpaksa dilepaskan! 01

Sebuah Proton Satria cuba merempuh anggota polis yang sedang bertugas telah memaksa anggota berkenaan untuk melepaskan satu das tembakan. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian anggota polis dari Balai Polis Damansara yang mengejar kereta berkenaan di Jalan Anggerik Kampung Sungai Kayu Ara jam 2.25 petang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Satria kuning cuba rempuh polis, satu das tembakan terpaksa dilepaskan! 01

"Dalam kejadian itu, anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan di bahagian tayar hadapan sebelah kanan kereta itu kerana (pemandunya) bertindak agresif apabila cuba melanggar anggota bertugas.

"Malah, ketika pihak polis mengejar kereta berkenaan, suspek juga bertindak memandu melawan arus di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebelum berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah gereja di SS25.

"Suspek kemudian keluar dari kereta itu dan melarikan diri melalui longkang berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Proton Satria kuning cuba rempuh polis, satu das tembakan terpaksa dilepaskan! 02

Nik Ezanee berkata lagi, pemeriksaan terhadap kereta yang ditinggalkan suspek di lokasi menemui pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pecah cermin kereta.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kami percaya suspek masih berada di dalam daerah ini.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 untuk tindakan lanjut," katanya.

Bacaan Lanjut:

Mengamuk sebab cara pemanduan, lelaki pecahkan cermin sisi dan hadapan Honda Civic

Tak cukup duit bayar duit sewa Perodua Viva, 5 remaja perempuan pecah masuk stesen minyak!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda