window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM?

Haris · Aug 28, 2021 04:00 PM

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 01

Tinjauan kami di laman jual beli kenderaan Jepun mendapati bahawa terdapat sebuah Proton Satria Neo yang disenaraikan untuk jualan. Hatchback kegemaran ramai tersebut ditemui di wilayah Yamanashi menimbulkan sedikit tanda tanya, bila masa Proton Satria Neo JDM (Japanese Domestic Market)? 

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 02

Sumber: Goo-net

Tidak, Proton Satria Neo ini bukanlah unit JDM tetapi unit import CBU Malaysia. Pada tahun 2011 hingga 2018, Proton Satria Neo telah dibawa ke pasaran Jepun dan menjadi antara sebilangan kecil kereta Malaysia yang dijual di sana.

Harga bagi unit Proton Satria Neo terpakai ini adalah JPY 1 million (~RM 38k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 01

Bagi pemerhati kereta terpakai Jepun, tentu merasakan bahawa harga hatchback ini jauh lebih mahal daripada biasa. Namun, Satria Neo ini adalah sebuah model yang cukup istimewa. Ia dibuat sebagai sebuah kereta rali justeru, sangat sedikit hatchback ini yang boleh ditemui di atas jalan raya.

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 02

Proton Satria Neo memang sangat terkenal di Malaysia, malah antara kereta yang banyak dicuri di sini. Namun di Jepun, Proton Satria Neo dikenali sebagai sebuah kereta rali 'underdog'. 

Baca: Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik!

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 03

Jadi, bagaimana Proton Satria Neo boleh sampai ke Negara Matahari Terbit ini, dan apa pula pendapat media Jepun mengenainya?

Bagaimana ini berlaku?

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 04

Sama seperti dalam perlumbaan litar, rali juga mempunyai kategorinya sendiri khusus untuk amatur atau separa profesional yang lebih mesra bajet dengan standard yang boleh dicapai. Salah satunya adalah kategori Kumpulan N yang boleh dibandingkan dengan kategori Super 2000 atau Kumpulan A yang menampilkan kereta yang tidak memerlukan banyak pengubahsuaian.

Baca: Perbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ?

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 05

Sebenarnya, kereta ini mirip kereta produksi yang terdapat di bilik pameran dengan beberapa perubahan dan pengubahsuaian. Namun, pengubahsuaian yang sangat terhad menyatakan bahawa semua komponen kabin dalaman perlu ada termasuk tempat duduk belakang.

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 06

Walaupun begitu, peraturan ini kemudiannya dilonggarkan tetapi keseluruhan panel papan pemuka dan pintu masih tidak boleh berubah.

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 07

Mengetahui hal tersebut, Cusco, pakar aftermarket di Jepun memutuskan untuk membawa Proton Satria Neo pada tahun 2011 sebagai kereta asas untuk rali amatur dan ujian. Ketika itu, pilihan kereta di Jepun adalah sangat terhad dan Cusco mengambil keputusan bahawa model ini sangat sesuai.

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 08

Walaupun jenama kereta seperti Subaru dan Mitsubishi menawarkan model asas Impreza WRX dan Lancer Evolution untuk pasukan sukan permotoran marhaen, model-model ini masih agak mahal terutamanya bagi mereka yang sekadar mencuba-cuba. Di sinilah Proton Satria Neo yang lebih mampu milik mengisi kekosongan tersebut.

Sambutan hangat di Jepun

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 09

Proton Satria Neo Jepun yang dibawa oleh Cusco dijual oleh rangkaian pengedaran Carrosser, ditawarkan dalam satu varian sahaja. Mereka membawa model spesifikasi ‘kosong’ yang hadir dengan rim hitam yang disembunyikan penutup rim plastik. Spesifikasi trenkuasa pula adalah enjin 1.6 liter CamPro (113 PS / 146 Nm) dengan transmisi manual 5-kelajuan standard.

Baca: Lakaran: Proton X50 spec kosong, masih cun tanpa ‘makeup’?

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 10

Namun apa yang benar-benar menjadikan Proton Satria Neo ini laku keras adalah harganya. Model asas standard berharga JPY 1.5 juta (~ RM 58k) tetapi jika pembeli ingin mengubahnya menjadi tunggangan rali, ia hanya menelan belanja sehingga JPY 1.49 juta lebih bergantung pada kategori. Secara keseluruhannya, pada harga sekitar JPY 3 juta (~ RM 115k), ini adalah sebuah kereta rali mampu milik!

Malah media automotif Jepun turut memuji Satria Neo di mana hatchback ini menerima pujian kiri dan kanan. Portal Car Watch pula dipetik melahirkan rasa kagum dengan kelancaran pengendalian hatchback ini terutamanya di trek ujian gymkhana di mana pengulas mencubanya.

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 11

Sementara itu, Motor Magazine turut memberikan ulasan yang baik untuk kemampuan pengendalian Satria Neo. Bukan suatu kejutan di sini kerana talaan Lotus Ride & Handling terasa malah dipamerkan dengan bangga di bahagian belakang. Selain dari pengendalian, portal tersebut juga terkesan dengan kebolehan enjin CamPro.

Baca: Dah masuk versi ke-6, tetapi kenapa enjin CamPro Proton kuat makan minyak?

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 12

Dalam satu petikan yang diterjemah, pengulas menyatakan bahawa walaupun dibangunkan di negara dengan cuaca tropikal, suhu enjin tetap stabil sepanjang masa.

"Walaupun ia terus berjalan dengan pendikit minyak ditekan setiap masa tanpa henti dan beberapa set tayar haus, enjin masih tidak menunjukkan tanda-tanda panas melampau".

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 13

Ulasan GT Net mengenai Satria Neo juga memberikan pujian mengenai pengendalian dan kestabilan hasil daripada sistem suspensi belakang multi-link. Ulasan Response pula memuji pengendalian dan terkesan dengan pecutan enjin CamPro walaupun kuasanya dinilai agak rendah.

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 14

Perlu diingatkan bahawa ulasan-ulasan ini berkisarkan prestasi hatchback ini untuk tujuan rali, justeru pengulas hanya tertumpu pada kemampuan prestasi Satria Neo. Kualiti ergonomik dan kabin dalaman tidak menjadi perhatian terutamanya apabila beberapa bahagian ini akhirnya akan dikeluarkan untuk perlumbaan.

Kejohanan Rali Neo

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 15

Oleh kerana hatchback ini dibawa untuk kejohanan rali, Cusco mengambil bahagian dari segi aspek komponen tambahan. Ini termasuklah komponen seperti roll cage penuh, alat pemadam api, tempat duduk sporty, tali pinggang lumba, dan beberapa bahagian prestasi Cusco misalnya Limited Slip Differential (LSD) dan sistem suspensi yang boleh disesuaikan.

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 16

Proton Satria Neo yang 'diolah' Cusco bertanding dalam pelbagai kejohanan rali Kumpulan N termasuklah Kejuaraan Rali All Japan JAF, Kejuaraan Rali Asia-Pasifik FIA, dan Piala Junior APRC. Sebilangan daripada Satria Neo yang dinaik taraf ini turut memenangi beberapa kejohanan termasuk kejohanan Rali Malaysia.

Baca: Evolusi kereta rali lasak Proton – Bolehkah sukan rali bertahan di Malaysia?

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 17

Proton Satria Neo yang ditemui Akihabara (Kredit: Makoto Shimamura)

Cusco masih menjual Satria Neo JDM hingga tahun 2018, tiga tahun selepas pengeluaran hatchback tersebut berakhir untuk menghabiskan stok. Walaupun dijual untuk kegunaan rali, model Proton Satria Neo ini secara asalnya sah di atas jalan raya Jepun. Ia kekal menjadi produk 'peminat' apatah lagi apabila dijual secara eksklusif oleh Cusco.

Proton Satria Neo terpakai berharga RM 38k dijual di Jepun, Satria versi JDM? 18

Proton Satria Neo adalah pilihan kereta terpakai yang biasa bagi rakyat Malaysia yang mahukan hot hatch tempatan yang berpatutan dan sebuah kereta klasik malar segar. Adakah Proton Satria Neo pasaran Jepun ini mampu menaikkan maqam pemandu jika di bawa ke Malaysia? Kita semua tahu bagaimana budaya JDM mempengaruhi budaya kereta tempatan.

Baca: Proton Satria Neo rali untuk dijual - RM 450,000, 359 PS dan 345 Nm!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda