window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton sekali lagi mengiklan enjin 1.5L 3 silinder turbo hibrid sederhana MHEV, mungkin jadi nadi X90

Faisal ยท Jan 5, 2023 01:00 PM

Proton sekali lagi mengiklan enjin 1.5L 3 silinder turbo hibrid sederhana MHEV, mungkin jadi nadi X90 01

Seperti yang ramai sudah tahu, Proton tidak lama lagi akan memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama mereka. Kalau diperhatikan pada iklan terbaru Proton, enjin hibrid sederhana (MHEV) 48V ini dipamerkan di ibu pejabat Proton.

Untuk makluman anda, iklan tersebut memaparkan perjalanan Proton dalam memasang (CKD) enjin 1.5L turbo 3 silinder di kilang Tanjung Malim.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaProton dah pasang 10,000 enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasaran 60,000 unit untuk 2023

Proton sekali lagi mengiklan enjin 1.5L 3 silinder turbo hibrid sederhana MHEV, mungkin jadi nadi X90 01

Pameran enjin 1.5 TGDi Proton yang ada sistem hibrid sederhana di ibu pejabatnya.

Kemudian pada minit 1.10, mereka menunjukkan tahap modulariti enjin tersebut yang mana ia boleh diintegrasikan dengan sistem MHEV 48V. Enjin yang diketengahkan ini turut disambungkan dengan belt-starter generator (BSG), kiranya lebih kurang teknologi MHEV 48V dan Integrated Starter Generator (ISG) dari Mercedes-Benz.

Secara teknikal, BSG membenarkan penjanaan semula tenaga melalui melahu (tetapi tiada brek regeneratif macam hibrid penuh). Dalam masa yang sama, kuasa tambahan sementara juga boleh diberi sewaktu memecut.

Proton sekali lagi mengiklan enjin 1.5L 3 silinder turbo hibrid sederhana MHEV, mungkin jadi nadi X90 02

Kalau anda nak tahu, Geely sememangnya ada trenkuasa MHEV iaitu pada Geely Okavango di pasaran Filipina (Geely Haoyue, model yang disamakan dengan Proton X90). Trenkuasa itu menghasilkan 190 PS dan 300 Nm tork. Kuasa pula dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7 kelajuan.

Memandangkan Proton sekali lagi mengiklankan sistem MHEV, kami menjangkakan bahawa ia akan dirasmikan lebih awal. Kiranya, model ini akan menjadi hibrid pertama Proton.

Proton sekali lagi mengiklan enjin 1.5L 3 silinder turbo hibrid sederhana MHEV, mungkin jadi nadi X90 03

Kalau diikutkan, teknologi hibrid sederhana menggunakan motor elektrik dan ia dikhaskan untuk membantu enjin tetapi tidak boleh menguasai kereta dari pegun. Kiranya, ia bukan macam sistem hibrid penuh seperti yang diguna pada Honda City RS e:HEV atau Toyota Corolla Cross Hybrid.

Secara amnya, sistem MHEV adalah hibrid yang paling murah untuk dipasang kerana ia cukup ringkas dan hanya menggunakan bateri berkapasiti kecil. Cumanya, penambahan prestasi dan penjimatan minyak yang ditawarkan tidaklah begitu besar.

Juga bacaEnjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda