window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi?

Mersita · Aug 6, 2020 08:00 PM

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 01

Proton sebenarnya adalah akronim untuk Perusahaan Otomobil Nasional. Sebagai sebuah jenama kereta nasional, kita patut berbangga dengan kewujudannya. Jerman ada Volkswagen, Jepun ada Toyota, dan Korea pula ada Hyundai. Jenama-jenama ini diketengahkan kerana ia memenuhi permintaan dengan “kereta rakyat”.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 02

Proton Saga 2020

Proton kini sudah berusia 35 tahun (dikira dari tarikh kelahiran Saga pertama). Toyota dan Volkswagen pula berumur 83 tahun manakala Hyundai 53 tahun. Proton dikira masih muda jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat ini, tapi ia lebih senior kepada Tesla atau Vinfast. Proton ialah salah satu daripada syarikat kereta yang diasaskan pada tahun 1980-an dan masih terkenal hingga ke hari ini.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 03

Eagle Talon

Syarikat kereta lain yang diasaskan dalam era itu juga termasuklah kereta mikro Aixam (Perancis), Eagle (Amerika) serta Geely dan Dadi Auto (China). Proton tidak mempunyai ramai rakan sebaya dalam industri auto.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sepanjang 35 tahun kewujudannya, ada yang sememangnya berbangga dengan kereta nasional kita, dan ada juga yang melihatnya sebagai usaha yang sia-sia. Persoalannya sekarang; bagaimanakah prestasi Proton setelah 35 tahun berlalu? Adakah prestasinya hebat belaka? Volkswagen dan Toyota sudah berumur 83 tahun dan kita boleh gunakan mereka sebagai kayu ukur tentang kejayaan yang boleh dikecapi sebuah syarikat kenderaan dalam jangkamasa itu. Hyundai yang suatu ketika dulu dikenali dengan keretanya yang teruk, dengan perlahan telah berjaya mengubah persepsi ramai terhadap jenama itu.

Jika kita hendak buat anggaran tentang prestasi Proton secara objektif, jom kita lihat prestasi syarikat-syarikat ini (Toyota, Volkswagen dan Hyundai) ketika mereka berusia 35 tahun.

1. Toyota pada umur 35 tahun (1972)

Toyota genap 35 tahun pada 1972. Toyota bermula dengan menghasilkan kereta penumpang seperti SA dan kenderaan komersial seperti trak SB dan trak Stout.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 01

Toyota Land Cruiser. Gambar: Classic Cars Journal

Pada tahun ke-35, barisan model Toyota termasuklah Land Cruiser yang terkenal, Corolla, Corona, Crown, dan Master. Kereta ‘saloon’ Toyota, Toyota Crown, telah melalui tiga penambahbaikan menjelang 1972 manakala Land Cruiser pula telah wujud selama lebih kurang 21 tahun.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 02

Pengaruh global

Ketika berumur 35 tahun, kereta-kereta Toyota sudah boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Denmark, Norway, Sweden, Netherlands, Afrika Selatan, Brazil, dan Portugal.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 03

Takaoka Plant, 1967

Menjelang 1972, Toyota sudahpun mempunyai beberapa loji/kilang di seluruh dunia. Fasiliti asing pertama Toyota berada di Brazil (1958), diikuti oleh Australia (1963), Portugal (1968) dan Afrika Selatan (1970).

Pengambil-alihan

Menjelang 1972, Toyota telah mengambil-alih Hino dan mengawal Daihatsu

2. Volkswagen pada umur 35 tahun (1972)

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 04

Pada tahun 1972, Volkswagen telah menghasilkan 15 juta unit Beetle ‘air-cooled’ (atau Type 1). Model Beetle ini membantu Jerman mendapatkan semula kekuatan ekonominya selepas Perang Dunia Kedunia.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 05

Pembangunan Beetle telah bermula sejak 1933 lagi oleh Ferdinand Porsche dan idea ini akhirnya direalisasikan pada 1938 apabila produksi Type 1 bermula. Pada umur 35 tahun, Volkswagen sudah ada Type 1, Type 2, Type 3, Type 4, dan Karmann Ghia dalam barisan keretanya.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 06

Volkswagen Golf belum lagi terhasil pada masa itu.

Pengaruh global

Ekspot pertama VW bermula pada 1947 – 10 tahun selepas syarikat ini diasaskan. Ekspot pertamanya menuju ke Netherlands dan diikuti oleh Perancis (Angkatan Tentera Perancis) dan selepas itu Switzerland (1948). Pada tahun 1949, VW telahpun mengekspot kereta mereka ke 43 negara.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 07

Apabila VW semuda Proton satu ketika dulu, mereka mempunyai fasiliti produksi di Brazil (1959), Brussels (1949), Mexico (1964), Afrika Selatan (1960s), dan juga Australia (1957-1976).

Pengambil-alihan

Ketika berumur 35 tahun, VW telah mengambil-alih Auto Union (1964) dan NSU (1969) dan seterusnya menggabungkan kedua-dua syarikat ini sebagai Audi yang kita kenali kini.

3. Hyundai pada umur 35 tahun (2002)

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 08

Hyundai bermula dengan memasang Ford Cortina. 8 tahun kemudian, Hyundai belum lagi ada keretanya sendiri. Pada tahun 1975, Hyundai Pony diperkenalkan. Ia merupakan kereta pertama yang membawa nama Hyundai dan ia adalah kereta pertama Korea Selatan yang dihasilkan secara besar-besaran dan diekspot keluar.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 09

Hyundai Pony

Hyundai berumur 35 tahun pada 2002. Pada masa ini, Hyundai telah memperkenalkan model-model seperti Stellar, Excel, Sonata, Coupe, dan Accent. Ketika berumur 24 tahun (1991), Hyundai membina enjin pertama mereka yang diberi nama Alpha; enjin gasolin 4 silinder.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 10

Pengaruh global

Tak lama selepas Hyundai membuat keretanya sendiri iaitu Pony, mereka mula mengekspot keluar. Pada umur 35 tahun, Hyundai sudahpun menjual kereta di Ecuador, negara Benelux, Britain, Kanada, Turki, dan India.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 11

Fasiliti produksi telah dibina di Kanada, tapi ia hanya bertahan selama 4 tahun. Hyundai juga telah membina loji produksi di negara-negara lain seperti di India (1996), Turki (1997), dan Rusia (2001).

Sebuah pusat R&D telah ditubuhkan di Jerman (1994) dan Hyundai juga pernah mempunyai pusat rekaan di California (1990).

Pengambil-alihan

Hyundai telah membeli 33.88% pegangan dalam Kia pada tahun 1998. Selain dari itu, Hyundai dan Daimler Chrysler menubuhkan satu pakatan strategik pada tahun 2000, tapi ia cuma mampu bertahan selama 4 tahun.

4. Proton pada umur 35 tahun (2020)

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 12

Proton memulakan langkah dengan Saga, pendermanya Mitsubishi Colt, dan juga Proton Wira dengan Mitsubishi Lancer sebagai asasnya. Proton buat julung kalinya membina enjinnya sendiri yang dipanggil CamPro ketika berumur 19 tahun. Ini sebenarnya lebih awal berbanding Hyundai. Dalam masa 35 tahun, Proton berjaya membawa Saga, Wira, Satria, Satria Neo, Putra, Perdana, Tiara, Juara, Arena, Waja, Gen 2, PrevePreve, Suprima, Inspira, Savvy, Persona, Iriz, dan X70 ke dalam pasaran.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 13

Pengaruh global

Ekspot pertama Proton menuju ke United Kingdom pada tahun 1989. Sehingga hari ini, Proton telah mengekspot keretanya ke Australia, Singapura, Thailand, Jerman, Syria, Mesir, Afrika Selatan, Chile, Indonesia, dan juga Pakistan.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 14

Setakat ini, Proton belum ada loji produksi di luar Malaysia. Walaupun ada perancangan untuk membinanya di Indonesia, Iran dan Pakistan, ia belum lagi jadi kenyataan.

Pengambil-alihan

Pada umur 35 tahun, Proton telah mengambil-alih Lotus (1996) dan MV Agusta, sebuah syarikat motosikal (kita cerita di lain hari pula).

Ringkasan

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 15

Sepanjang 35 tahun, Proton belum ada loji produksi di luar Malaysia, akan tetapi syarikat kereta nasional pertama ini berjaya menawarkan pelbagai jenis kereta sepanjang kewujudannya. Sama seperti syarikat-syarikat kereta yang dinyatakan tadi, Proton juga mula mengekspot keretanya sejurus selepas membuat kereta sendiri. VW mengambil masa 10 tahun untuk mencapai tahap ini.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 16

Ada juga beberapa cubaan inovasi yang dilakukan oleh Proton suatu ketika dahulu. Selepas 19 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan automotif, Proton sudahpun membina enjin pertama mereka. Banyak kajian dan pembangunan yang sudah dibuat dengan matlamat untuk menjadi perintis teknologi. Sememangnya satu visi yang padu.

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi? 17

Proton adalah salah satu daripada sekumpulan kecil pembuat kereta yang berjaya mengharungi zaman 80-an dan kekal berdiri hingga ke hari ini. Dulu, ia terlalu mentah untuk menandingi saingannya yang lebih senior tapi ia juga terlalu berumur untuk menjadi seberani dan sefleksibel seperti Tesla dan pembuat kereta baru dari China. Apa-apa pun, kami harap Proton akan terus maju jaya dalam apa jua hala-tujunya.

Bolehkah Proton capai lebih lagi?

Secara jujurnya, memang ada ruang untuk jadi lebih baik lagi di dalam setiap syarikat kereta. Proton sebenarnya bolen berkembang lagi. Sudah ada banyak cubaan untuk membina syarikat kereta di seluruh pelusuk dunia yang musnah begitu saja. Ia bukanlah satu cabaran yang mudah. Proton telah menceburkan diri dalam sukan permotoran dan pastinya mereka juga telah menyediakan kemudahan dalam bentuk kereta persendirian bagi rakyat Malaysia.

Secara peribadi, saya rasa Proton adalah satu jenama yang boleh dibanggakan. Bukannya mudah untuk membina kumpulan operasi seperti yang mereka ada sekarang dan tak banyak negara di dunia ini yang ada jenama kereta mereka sendiri.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda