window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Haris · Aug 20, 2021 05:00 PM

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 01

Proton dijangka akan tampil dengan lebih banyak SUV pada masa hadapan, berikutan proses pendaftaran tanda dagang 'Proton X80' dan 'Proton X90' yang sedang dijalankan, menurut sebuah sumber yang arif mengenai hal tersebut.

Apa yang menariknya di sini, adalah tanda nama 'Proton X80' - sebuah nama baru yang sedikit asing dengan rakyat Malaysia. Selama ini, hanya Proton V70 dan Proton S50 sahaja yang lebih dikenali.

Apa itu Proton X80?

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely tampil dengan banyak SUV dalam pasaran justeru agak sukar untuk mengesahkan model mana yang bakal menjadi Proton X80.

Salah satu calon yang dilihat sesuai ialah Geely Xingyue L, SUV besar yang berharga antara CNY 137,200 (~ RM 90k) hingga CNY 185,200 (~ RM121k).

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 01

Calon lain yang menjadi kemungkinan adalah Geely Xingyue itu sendiri, berharga dari CNY 127,800 (~ RM 83k) hingga CNY 187,800 (~ RM 123k).

Kedua-dua Xingyue dan Xingyue L berharga sekitar 30% hingga 40% lebih mahal daripada Boyue, yang lebih dikenali rakyat Malaysia sebagai Proton X70 (RM 94,800 hingga RM 122,800). Dengan andaian jurang harga yang sama berlaku untuk Malaysia, harga ini dilihat terlalu tinggi untuk dijual oleh Proton (dalam situasi sekarang).

Also Read: Up close and personal with the 2021 Geely Xingyue L at the Shanghai Auto Show!

Satu penjelasan yang lebih baik adalah tanda dagang 'X80' itu sendiri hanyalah sekadar 'umpan'. Proton, seperti pengeluar lain, mendaftar tanda dagang nama lain untuk mengelakkan komplikasi jika pengeluar lain ingin menggunakan nama yang sama. Tidak semestinya Proton akan menggunakan nama ini untuk model baru.

Tumpuan sebenar adalah Proton X90?

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 02

Pada masa ini, kesemua petanda untuk Proton X90 merujuk kepada Geely Haoyue. Malah, Geely Haoyue sememangnya telah dilihat sedang melakukan pandu uji di Malaysia, menambahkan kredibiliti kepada teori ini.

Baca: Spyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 03

Sebagai rujukan, Geely Haoyue adalah sebuah SUV bersaiz besar yang dilancarkan di China awal tahun lalu. Geely menawarkan Haoyue dengan pelbagai pilihan, termasuk konfigurasi 5 dan 7 tempat duduk.

Geely Haoyue juga sudah mendarat di Filipina, dijual sebagai Geely Okavango. Ini memberikan petanda kebolehpasaran SUV ini dalam rantau ASEAN dengan baik.

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 04

Untuk pasaran China, kuasa diperolehi dari enjin 4-silinder 1.8 liter turbocaj petrol yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmismi automatik penukar tork 6-kelajuan atau automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan. Proton X90 dijangka akan mencerminkan spesifikasi ini.

Baca: SUV Geely Haoyue dilancarkan di China, enjin 1.8T seperti Proton X70 CKD, berharga dari CNY 103k (RM 62k)!

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 05

Walaupun secara fizikalnya Proton X90 lebih besar daripada Proton X70 dalam pelbagai sudut, harga Proton X90 tidak boleh terlalu jauh dari Proton X70. Hal ini kerana model ini tidak begitu mewah seperti yang digambarkan oleh Geely.

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 06

Tidak seperti model Geely yang lebih terkini, Geely Haoyue tidak menggunakan platform BMA atau CMA, namun dibangunkan berdasarkan platform CV yang berlainan. Platform CV memulakan debutnya di Geely Jiaji - MPV yang disebut-sebut sebagai Proton V70.

Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma 07

Platform CV adalah platform yang lebih baharu daripada platform NL3 (yang digunakan pada Geely Boyue - Proton X70). Namun, ia tidak begitu sofistikated berbanding platform BMA (Proton X50).

Baca: Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely?

Komentar editor:

Selepas pelancaran Proton Persona facelift 2022, pelancaran seterusnya dari Proton adalah Proton X90. Hal ini sesuai dengan garis masa, Geely Haoyue / Proton X90 yang telah dilihat di Malaysia.

Selain itu, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai Geely Xingyue dan Xingyue L, kerana kedua-dua model itu jauh lebih mahal. Walaupun Proton mendaftar tanda nama 'X80', itu bukan bukti kukuh bahawa ia akan direalisasikan.

Sumber kami memberitahu bahawa tiada perancangan untuk sedan Proton baharu, selain model facelift seperti Proton Persona. Ini berikutan pasaran sedan adalah segmen pasaran yang semakin mengecil.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda