window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton terhadkan tempahan, tak realistik kaut 'booking' banyak sampai pelanggan tunggu terlalu lama!

Haris ยท Jun 22, 2022 11:00 AM

Proton terhadkan tempahan, tak realistik kaut 'booking' banyak sampai pelanggan tunggu terlalu lama! 01

Proton Holdings Bhd (PROTON) akan mengambil kira jumlah tempahan sedia ada dan diterima sebelum 30 Jun 2022 bagi memastikan ia berupaya mendaftar dan menyerahkan semua model termasuk produk terlarisnya, Proton X50 dapat dibuat sebelum 1 April 2023.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, berkata bagi mengelakkan sebarang isu, Proton akan berhenti menerima tempahan sekiranya model tertentu telah mencapai had keupayaan pengeluarannya sehingga 31 Mac 2023.

Ia bagi mengelak sebarang penyerahan tempah melepas tarikh akhir berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton terhadkan tempahan, tak realistik kaut 'booking' banyak sampai pelanggan tunggu terlalu lama! 01

"Langkah itu dilaksanakan pengeluar kereta nasional bagi membolehkan pelanggannya menerima model yang dimahukan seterusnya menikmati insentif pengecualian cukai jualan," katanya kepada Berita Harian.

Roslan berkata, secara umumnya tempoh menunggu bagi model Proton adalah sekitar dua bulan bagi model Proton X70, Persona, Iriz, Exora dan Saga tertakluk kepada pilihan warna dan varian.

"Bagi Proton X50 pula, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan dan juga tertakluk kepada pilihan warna dan varian," katanya.

Proton terhadkan tempahan, tak realistik kaut 'booking' banyak sampai pelanggan tunggu terlalu lama! 02

Mengulas mengenai kelayakan pembeli untuk mendapat manfaat pengecualian cukai, beliau menjelaskan, bakal pelanggan boleh membuat tempahan iaitu wang yang dibayar sebagai deposit di pusat jualan yang dilantik atau cawangan Proton.

"Bagi syarikat menjual kenderaan, pelanggan yang telah membayar yuran tempahan akan terus layak untuk memasuki 'queue' bagi membeli kereta baru. Bagaimanapun, transaksi membeli kereta adalah tertakluk kepada terma dan syarat, terutama sekali kelulusan pinjaman bank dan oleh itu, bukan semua tempahan bakal menjadi jualan.

"Bagi Proton, yuran tempahan untuk setiap model adalah antara RM500 hingga RM1,000.

"Justeru, bagi pembeli yang ingin menikmati insentif pengecualian cukai, tempahan perlu dibuat sebelum 1 Julai 2022 manakala pendaftaran kenderaan perlulah dilakukan sebelum 1 April 2023," katanya.

Baca: Tempoh daftar kenderaan tanpa SST dilanjutkan ke 31 Mac 2023, pengecualian tiada lanjutan - MOF

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda