window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Proton Waja dah terbakar, nak beli baru tak mampu", Fauziah Nawi sebak terima hadiah Mitsubishi Xpander

Faisal · Nov 1, 2022 06:00 PM

Hari minggu yang lalu, telah berlangsungnya Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang mana seniwati legenda kita, Fauziah Nawi telah dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa buat tahun ini.

Sebagai penghargaan, beliau teiah menerima hadiah berupa sebuah Mitsubishi Xpander berharga RM 100,000 serta trofi dan wang tunai bernilai RM 10,000.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata Fauziah Nawi, “Syukur Alhamdulillah, selain kejayaan menerima trofi ini, nampaknya Allah juga memakbulkan doa saya yang ingin memiliki sebuah kereta. Sekarang, saya memang tiada kereta. Jadi, saya amat bersyukur dengan rezeki ini”.

Untuk makluman anda, Proton Waja yang beliau pakai terlibat dalam kebakaran sekitar 4 tahun lepas.

Jadi, beliau menganggap anugerah pemberian ini sebagai kejutan bermakna kerana sudah tidak mempunyai kenderaan sendiri. Untuk membeli pula, di atas faktor usia, beliau berpendapat bahawa membuat pinjaman bank mungkin tidak lagi layak untuknya.

Mengenai anugerah itu, beliau turut berterima kasih kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana segala peluang yang bermula sejak 50 tahun dalam pembabitan karier seninya bermula dari situ.

Apapun, Fauziah Nawi sempat menasihati golongan lebih muda dengan memberitahu bahawa, “Buatlah yang terbaik dalam kerjaya yang diminati. Lakukannya dengan rasa penuh tanggungjawab dan komited”.

Sumber: Harian Metro

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda