window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Waja langgar pokok ketika dikejar polis, pemandu maut

Mersita ยท Apr 5, 2021 05:00 PM

Proton Waja langgar pokok ketika dikejar polis, pemandu maut 01

Seorang lelaki berusia 51 tahun yang memandu sebuah Proton Waja dipercayai terbabas sebelum melanggar pokok dalam aksi kejar-mengejar dengan polis peronda di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Kandang-Bukit Lintang pada kira-kira 4.05 pagi semalam (4 April).

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kereta peronda polis yang membuat rondaan cegah jenayah di AMJ Tanjung Minyak terserempak dengan Proton Waja berkenaan pada jam 3.30 pagi dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan kenderaan itu berhenti.

Proton Waja langgar pokok ketika dikejar polis, pemandu maut 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, pemandu Waja terbabit tiba-tiba memecut laju dan dikejar polis dari Lebuh AMJ Tanjung Minyak – Cheng. Afzanizar juga berkata pemandu berkenaan terus memecut dan melanggar lampu isyarat merah di lima lokasi. Ini membahayakan pemandu itu sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Empat lagi kenderaan polis peronda turut membantu dalam usaha memberhentikan Proton Waja berkenaan. Siren dan pembesar suara juga digunakan untuk memberi arahan kepada saspek untuk memberhentikan kereta namun ia tidak diendahkan.

Beliau berkata, Proton Waja itu terus memecut menghala ke Muar, Johor dari AMJ Ayer Molek. Namun, disebabkan hujan, Proton Waja itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar dua pokok di bahu jalan.

Proton Waja langgar pokok ketika dikejar polis, pemandu maut 01

Saspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan dan unit anjing pengesan (K9) juga dihantar bagi mengesan barang yang dibaling keluar dari kenderaan saspek.

"Semakan mendapati mangsa mempunyai dua rekod lampau membabitkan samun dan pernah dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959," katanya.

Afzanizar berkata, polis meminta sesiapa yang mengenali mangsa atau warisnya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 01121633214.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda