window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Waja langgar tembok rumah tepi jalan, 3 bersahabat maut

Mersita ยท Sep 28, 2021 03:00 PM

Proton Waja langgar tembok rumah tepi jalan, 3 bersahabat maut 01

Sebuah Proton Waja dinaiki lima lelaki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah di Jalan Rumbia 3, Taman Daya di Johor Bahru pada awal pagi Isnin, dimana tiga daripada mangsa maut di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu mengejutkan kejiranan berkenaan, dimana sebuah kereta Perodua Kelisa milik jiran penghuni rumah tersebut juga turut dirempuh ketika kereta mangsa terbabas.

Proton Waja langgar tembok rumah tepi jalan, 3 bersahabat maut 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kesemua mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari Taman Daya menuju ke Taman Setia Indah ketika kemalangan itu berlaku.

Tiga mangsa maut dikenal pasti sebagai R Vimalan (21) dan A Sharven (21), manakala seorang lagi mangsa berusia 20-an belum dikenal pasti. Dua mangsa cedera pula ialah S Meshen Kumar (21) dan P Agilan (22).

Proton Waja langgar tembok rumah tepi jalan, 3 bersahabat maut 01

Menurut laporan Harian Metro, saksi kejadian Mohd Akmal Mohd Noh (27) iaitu penghuni rumah terlibat berkata isterinya terdengar bunyi brek disusuli dentuman kuat. Katanya, dia terkejut melihat sebuah kereta merempuh tembok rumahnya, dipercayai terbabas dari laluan bersebelahan rumahnya.

"Saya terkejut melihat seorang mangsa dalam keadaan tersepit dan sebahagian tubuh terkeluar di bahagian belakang kenderaan itu,” ujarnya. Sejurus selepas kejadian, dia terus menghubungi Balai Polis Taman Setia untuk membuat laporan dan beberapa minit kemudian, pasukan polis, bomba, dan ambulans tiba di rumahnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda