window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Waja terlanggar peronda Nissan X-Trail, pegawai polis parah, wanita keguguran dalam nahas

Zamil Syaheer · Feb 18, 2021 03:00 PM

Proton Waja terlanggar peronda Nissan X-Trail, pegawai polis parah, wanita keguguran dalam nahas 01

Seorang wanita keguguran selepas kandungannya berusia tujuh bulan meninggal dunia apabila Proton Waja dipandu suaminya terbabit dalam kemalangan dengan peronda Nissan X-Trail di Jalan Baru Baling-Kupang berdekatan simpang empat Carok Nau di sini, malam tadi.

Proton Waja terlanggar peronda Nissan X-Trail, pegawai polis parah, wanita keguguran dalam nahas 02

Kejadian kira-kira jam 9 malam itu turut menyebabkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Pengkalan Hulu, Perak, Inspektor Mohd Nasrun Ismail, 39, cedera parah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Wanita berusia 28 tahun itu serta suaminya, 30 dan anaknya berusia lima tahun turut cedera parah, manakala dua lagi anak mereka yang berusia 11 dan sembilan tahun masing-masing cedera ringan dan tidak cedera.

Proton Waja terlanggar peronda Nissan X-Trail, pegawai polis parah, wanita keguguran dalam nahas 01

Akibat kemalangan itu, wanita yang duduk di kerusi penumpang hadapan dilaporkan mengalami keguguran selepas kandungannya yang berusia tujuh bulan disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan polis berkenaan dalam perjalanan menuju ke IPD Baling dan kereta membawa keluarga berkenaan menghala ke rumah mereka di Kampung Gabus, Pulai.

Proton Waja terlanggar peronda Nissan X-Trail, pegawai polis parah, wanita keguguran dalam nahas 02

Katanya, sebaik tiba di persimpangan Carok Nau, pemandu Proton Waja dikatakan terlanggar bahagian kanan hadapan Nissan X-Trail yang dipandu Mohd Nasrun.

"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua pemandu, wanita dan kanak-kanak berusia lima tahun cedera parah dan dikejarkan ke HSAH serta Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Proton Waja terlanggar peronda Nissan X-Trail, pegawai polis parah, wanita keguguran dalam nahas 03

"Kanak-kanak berusia 11 tahun yang menaiki Proton Waja mengalami kecederaan ringan manakala adiknya berusia sembilan tahun tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Shamsudin berkata, pegawai kanan polis berkenaan datang ke IPD Baling kerana melakukan kerja rasmi dan memandu kenderaan milik pasukan.

Proton Waja terlanggar peronda Nissan X-Trail, pegawai polis parah, wanita keguguran dalam nahas 04

"Keadaan empat mangsa yang parah dilaporkan kritikal dengan tiga daripada mereka dirawat di Wad Kecemasan HSAH, manakala pemandu Proton Waja berusia 30 tahun dirawat di Hospital Kulim.

"Berikutan itu, polis meminta saksi yang melihat kejadian dapat tampil bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda