Proton Wira sasaran paling tinggi pencuri. Tak dapat kereta, bonet pun jadi!

Haris · Oct 8, 2020 03:00 PM

Proton Wira sasaran paling tinggi pencuri. Tak dapat kereta, bonet pun jadi! 01

Kecurian kenderaan nampaknya semakin menjadi-jadi dalam keadaan ekonomi sedang bergelut dengan wabak Covid-19. Jika anda pernah membaca artikel kami mengenai senarai kereta paling banyak dicuri, tentunya anda akan menemui Proton Wira.

Di samping itu, pencuri dilihat semakin terdesak dengan kegiatan kecurian. Tak dapat kereta, apa yang dapat pun jadilah. Itulah yang terjadi kepada seorang peniaga di Kuala Terengganu apabila mendapati bonet dan bateri kereta milik beliau dicuri.

Proton Wira sasaran paling tinggi pencuri. Tak dapat kereta, bonet pun jadi! 02

Kecurian tersebut hanya disedari oleh Mohd Amar Affzan Mohd Fazli, 27, keluar menghantar makanan kepada ibunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 8 pagi.

Beliau yang menginap di hotel berdekatan mendakwa bahawa kenderaan tersebut diletakkan di bahu jalan berhampiran hotel tersebut.

Proton Wira sasaran paling tinggi pencuri. Tak dapat kereta, bonet pun jadi! 01

Hospital Sultanah Nur Zahirah. Sumber: NST

“Ketika mahu keluar ke hospital pagi tadi, masa buka bonet belakang saya rasa pelik kenapa orang pandang saya semacam. Bila buka pintu kereta baru perasan bonet depan dah hilang kena curi.

“Selain bonet depan, bateri kereta pun hilang dilarikan,” ujarnya yang sudah menggunakan Proton Wira tersebut selama 6 tahun.

Berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup, 2 orang lelaki melakukan jenayah tersebut pada jam 4.53 pagi dan hanya memerlukan masa selama 4 minit sahaja. 

Proton Wira sasaran paling tinggi pencuri. Tak dapat kereta, bonet pun jadi! 02

Gambar hiasan. Sumber

Bonet kereta tersebut bukanlah bonet Proton Wira asal. Amar mendakwa bahawa dia mengenakan bonet kereta Evo terpakai yang dibeli 2 tahun lalu dengan harga RM 500. Harga pasaran bagi bonet tersebut sekarang telah melonjak ke RM 1,500. Semestinya pencuri terbabit arif mengenai harga pasaran semasa bagi komponen dan alat ganti.

Berikutan kejadian tersebut, sebuah laporan polis telah dibuat di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Sumber: Sinar Harian

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru