window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 - tempahan untuk varian Standard dihentikan sementara waktu, terlalu sedikit

Haris · Apr 16, 2021 11:59 AM

Proton X50 - tempahan untuk varian Standard dihentikan sementara waktu, terlalu sedikit 01

Proton X50 nampaknya masih lagi model terhangat di pasaran dengan tempahan 40,000 unit sejak pelancaran bulan Oktober 2020 hingga Mac 2021. SUV segmen B ini ditawarkan dalam 4 varian dan bakal menyaksikan 1 varian dihentikan tempahan buat sementara waktu.

Proton X50 - tempahan untuk varian Standard dihentikan sementara waktu, terlalu sedikit 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jurucakap Proton memberitahu portal The Edge, kebanyakan tempahan Proton X50 adalah daripada varian atas iaitu sebanyak 95% untuk varian Executive, Premium dan Flagship.

Perbezaan antara varian Standard, Executive dan Premium lebih kepada naik taraf kelengkapan manakala varian Flagship menerima naik taraf kelengkapan dan prestasi melalui enjin 1.5 liter TGDi.

Proton X50 - tempahan untuk varian Standard dihentikan sementara waktu, terlalu sedikit 01

"Varian Proton X50 Standard menerima tempahan paling sedikit, hanya 5%. Oleh kerana situasi ini, kami memutuskan untuk menangguhkan sementara tempahan hanya pada varian Proton X50 Standard untuk memberi tumpuan kepada jumlah populasi tempahan yang lebih besar.

Proton X50 - tempahan untuk varian Standard dihentikan sementara waktu, terlalu sedikit 02

"Walaupun kami ingin memenuhi kesemua tempahan pelanggan kami, ekonomi bekalan dan permintaan memaksa kami untuk memberi fokus terhadap asas pelanggan X50 terbesar kami, di mana ia bukanlah untuk varian bukan Standard. 

Varian lain tetap dibuka tempahan seperti biasa dan kami berharap dapat membuka varian standard ketika kapasiti pengeluaran stabil,” ulas jurucakap tersebut.

Proton X50 - tempahan untuk varian Standard dihentikan sementara waktu, terlalu sedikit 03

Pada awalnya, kapasiti pengeluaran bulanan untuk Proton X50 adalah sekitar 3,000 unit tetapi pihak Proton telah berjaya melepasi sasaran pengeluaran bulanan tersebut. Justeru, sebanyak 11,000 unit Proton X50 sudah diterima oleh pembeli sejak 6 bulan lalu.

Proton X50 - tempahan untuk varian Standard dihentikan sementara waktu, terlalu sedikit 04

Proton X70

Proton X50 dan Proton X70 dipasang di kilang Proton Tanjung Malim di atas barisan pengeluaran baharu yang merupakan sebahagian daripada pelaburan sebanyak RM 1 bilion daripada Geely.

Bacaan Lanjut:

Proton X50 akan ditawarkan dengan pengecas tanpa wayar - tambahan RM 450

Pegangan pasaran Proton tertinggi dalam 7 tahun pada 27.1% - 8,141 unit Proton X50 sudah dijual!

Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda